• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PT Pertamina Mahu Beli Minyak Mentah Dari Rusia

oleh Mohd Arshad
30/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Syarikat minyak dan gas Indonesia, PT Pertamina, sedang menilai potensi untuk membeli bekalan minyak mentah dari Rusia di tengah-tengah sekatan yang dikenakan Barat ke atas Moscow, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Pengarah Utamanya, Nicke Widyawati berkata, syarikat itu tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan tersebut disebabkan harga minyak dari Rusia lebih murah ketika ini.

“Dengan harga yang ditawarkan Rusia serta situasi geopolitik semasa, kami melihat terdapat peluang untuk membeli bekalan minyak mentah dari negara itu pada harga lebih kompetitif.

“Pengarah Utama PT Kilang Pertamina Internasional (KPI), Taufik Aditiyawarman juga sudah mengambil beberapa langkah ke arah itu,” katanya.

Tambah Nicke, pihaknya telah melaksanakan penyelarasan bersama Kementerian Luar Indonesia dan Bank Indonesia untuk mengambil langkah tersebut.

“Secara politik, tidak ada sebarang masalah bagi urus niaga yang sedang dibincangkan ini. Pembelian minyak dari Moscow juga dilakukan berdasarkan asas perniagaan ke perniagaan (B2B),” ujarnya.

Sementara itu, Nicke berkata, minyak mentah yang dibeli itu dijangka untuk diproses semula di fasiliti kilang di Balongan. Bagaimanapun, kerja-kerja pengubahsuaian di kilang itu dijangka hanya akan selesai Mei depan.

Buat masa ini, kilang di Balongan hanya boleh memproses minyak mentah dengan kadar sulfur yang rendah seperti yang dihasilkan oleh syarikat Saudi Aramco.

“Namun, selepas diubah suai, kilang Balongan akan menjadi lebih fleksibel untuk memproses apa sahaja jenis minyak mentah,” kata Nicke.

-Kosmo Online

Tags: Krisis Rusia-Ukraineminyak mentahPT Pertamina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

04/01/2026
0

PALM BEACH: Presiden Donald Trump akan membenarkan syarikat minyak Amerika Syarikat (AS) memasuki Venezuela bagi meneroka rizab minyak mentah yang...

Permintaan Minyak Mentah Dijangka Kekal Lebih 100 Juta Tong Sehari Selepas 2040

Permintaan Minyak Mentah Dijangka Kekal Lebih 100 Juta Tong Sehari Selepas 2040

03/11/2025
0

ABU DHABI: Permintaan minyak mentah dijangka kekal melebihi 100 juta tong sehari selepas 2040 walaupun industri itu bakal berdepan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd