• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Pintu Sempadan Lancar Jika Negara Jiran Buka Sempadan 1 April

oleh AK-47
14/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Proses keluar dan masuk melalui pintu sempadan negara di Sabah dijangka tidak akan mengalami banyak masalah sekiranya negara-negara jiran juga melaksanakan pembukaan sempadan bermula 1 April depan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, tiada masalah dari segi kawalan bagi jabatan itu membenarkan rakyat dari luar untuk masuk ke negara ini melalui pintu sempadan.

“Ini bergantung kepada negara jiran sama ada mereka membenarkan atau tidak rakyat mereka keluar negara seperti sebelum pandemik.

“Insya-ALLAH, sekiranya negara-negara jiran kita juga melaksanakan pembukaan-pembukaan sempadan yang sama pada 1 April ini, proses keluar masuk ini tidak akan mengalami banyak masalah dan sistem-sistem juga telah diuji semula dan setakat ini berada dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas di minta mengulas berhubung lawatan kerja beliau ke pintu sempadan di Sabah pada Isnin.

Diminta mengulas lanjut, beliau berkata, pegawai dan anggotanya yang sebelum ini ditugaskan ke unit lain akan ditempatkan semula di pintu masuk sempadan selaras dengan keputusan kerajaan bagi pembukaan semula pintu sempadan pada bulan depan.

“Saya telah melawat pintu-pintu masuk lain di Mengkalap (Sarawak), Sindumin dan Merapok dan tujuannya untuk melihat persediaan apabila pintu sempadan negara dibuka pada 1 April.

“Setakat ini Imigresen bersedia untuk melaksanakan pembukaan semula sempadan negara dan dari segi tenaga kerja akan ditempatkan semula ke pintu-pintu masuk,” katanya.

Sebelum itu, beliau turut memaklumkan satu tapak untuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS)

telah dikenal pasti di negeri ini untuk dibangunkan pada masa hadapan.

“Saya telah mengadakan lawatan pos Imigresen di Pagalungan di mana kawasan itu agak jauh dan saya pergi dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menaiki helikopter untuk melihat proses Imigresen di sana.

“Selain itu saya telah dimaklumkan satu tapak untuk ICQS yang lebih sempurna telah pun dikenal pasti untuk pembangunan di masa hadapan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Buka SempadanNegara JiranProses Pintu Sempadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa Bumi Kuat Landa Sumatera

Next Post

Siasatan Kanak-Kanak Hilang Sebagai Kes Bunuh

Related Posts

42 Perjanjian Sempadan Darat, Maritim Dimeterai Malaysia Dengan Negara Jiran

42 Perjanjian Sempadan Darat, Maritim Dimeterai Malaysia Dengan Negara Jiran

16/07/2024
3

KUALA LUMPUR : Kementerian Luar mengesahkan Malaysia sudah menandatangani keseluruhan 42 perjanjian berkaitan sempadan dengan beberapa negara jiran setakat ini....

PM Akan Umum Tarikh Buka Sempadan Minggu Depan

05/03/2022
0

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara, minggu depan. Menteri Kesihatan,...

Next Post

Siasatan Kanak-Kanak Hilang Sebagai Kes Bunuh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd