• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Khas Peremitan Pendapatan Ditamatkan

oleh Mohd Arshad
11/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menamatkan Program Khas Peremitan Pendapatan (PKPP) berkuat kuasa hari ini, susulan pengumuman Kementerian Kewangan berhubung penambahbaikan dasar layanan cukai terhadap pendapatan luar negara.

LHDN dalam kenyataan memaklumkan, keputusan untuk menamatkan PKPP dibuat setelah mengambil kira pengecualian cukai diumumkan Kementerian Kewangan terhadap pendapatan daripada punca luar negara yang diterima di Malaysia oleh individu pemastautin (selain pendapatan perkongsian).

“Layanan pengecualian yang sama juga diberikan kepada pendapatan dividen daripada punca luar negara yang dibawa masuk oleh syarikat dan perkongsian liabiliti terhad.

“Pengecualian ini tertakluk kepada syarat-syarat dinyatakan dalam Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) yang akan dikeluarkan di bawah seksyen 127 Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, pendapatan punca luar negara lain yang tidak dikecualikan dan dibawa masuk ke Malaysia mulai 1 Januari hendaklah dilaporkan di dalam Borang Nyata bagi tahun taksiran yang berkaitan.

“Pendapatan luar negara yang masih tertakluk kepada cukai dan dibawa masuk ke Malaysia dalam tempoh 1 Januari hingga 30 Jun akan dikenakan cukai pada kadar konsesi tiga peratus seperti yang diumumkan melalui Bajet 2022 dan diperuntukkan di bawah Akta Kewangan 2021.

“Selepas tamat tempoh tersebut, kadar cukai asal akan terpakai mengikut kategori pembayar cukai yang berkenaan,” menurut kenyataan itu.

-Utusan Online

Tags: ditamatkanProgram Khas Peremitan Pendapatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kawalan RELA Di Pusat Komuniti Ditamatkan

02/08/2018
0

PENUGASAN berbayar anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di 98 pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR) ditamatkan berkuat kuasa 1 September depan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd