• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: 1,021 Pusat Mengundi, 4,638 Saluran Dibuka Esok

oleh Mohd Arshad
11/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebanyak 1,021 pusat mengundi akan dibuka esok bagi menjalankan proses membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, sebanyak 4,638 saluran dibuka bermula pukul 8 pagi sehingga 6 petang.

“Hari ini SPR menjalankan semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi, petak undi dan sebagainya untuk kegunaan proses pengundian yang akan dijalankan esok.

“Semakan ini bagi memastikan semua peralatan dan kelengkapan bagi pengundian dalam keadaan baik. Peralatan ini diagihkan kepada Ketua-Ketua Tempat Mengundi (KTM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ikmalrudin berkata, seramai 2,539,606 pengundi biasa bakal mengundi untuk memilih wakil rakyat di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jelasnya, SPR menasihatkan pengundi agar keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

“SPR juga ingin mengingatkan kepada para majikan supaya membenarkan pekerja mereka keluar mengundi sepertimana diperuntukan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ikmalrudin juga memberitahu, SPR memberi peringatan agar semua pihak yang bertanding bahawa tempoh rasmi berkempen akan tamat pada malam ini iaitu sehingga 11.59 minit malam.

-Kosmo Online

Tags: PRN JohorPusat PengundianSaluran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK: Pusat Pengundian Ditutup, Proses Penjumlahan Undi Bermula

PRK: Pusat Pengundian Ditutup, Proses Penjumlahan Undi Bermula

06/07/2024
0

NIBONG TEBAL : Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir selepas semua sembilan pusat pengundian...

Pengundi Tak Puas Hati Pusat Pengundian Tutup Pukul 2 Petang

Pengundi Tak Puas Hati Pusat Pengundian Tutup Pukul 2 Petang

19/11/2022
0

KUALA PILAH – Tular tiga video berdurasi kurang 30 saat di aplikasi WhatsApp membabitkan beberapa individu tidak berpuas hati apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd