• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Ukraine Tuduh Putin Guna Bom Kluster

oleh AK-47
02/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIEV, Ukraine – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menuduh Rusia melakukan jenayah perang selepas tentera Presiden Vladimir Putin melancarkan serangan bom kluster dan bom vakum pada hari kelima pencerobohan Moscow kelmarin, lapor akhbar MailOnline.

Dalam ucapan lewat malam Zelenskyy berkata, ‘tribunal antarabangsa akan pasti melancarkan siasatan’ berhubung apa yang dikatakannya sebagai ‘pelanggaran semua konvensyen’ oleh Rusia dan menambah, ‘tiada sesiapa di dunia akan memaafkan Moscow kerana membunuh rakyat Ukraine yang cintakan keamanan.’

Dalam usaha untuk meneruskan semula kemaraan tenteranya, Putin melancarkan kempen pengeboman rambang di bandar Kharkiv, timur Ukraine, hanya 24 jam selepas penentangan tempatan berjaya menangkis serangan Rusia.

Bom dan peluru artileri menghujani bandar paling mesra Rusia di Ukraine itu yang terletak 40 kilometer dari sempadan Rusia dan didiami oleh 1.5 juta orang dalam usaha Moscow untuk menghapuskan penentangan terhadap tenteranya.

Hujan peluru artileri, roket dan bom yang bermula pada waktu makan tengah hari itu menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang maut termasuk tiga kanak-kanak, dengan sejumlah kediaman dan sebuah sekolah runtuh.

Sumber tentera memberitahu MailOnline bahawa rakaman video serangan itu menunjukkan Rusia menggunakan bom kluster yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

“BM-21 Grad ialah sistem pelancar roket yang menggugurkan bom kluster di kawasan tumpuan.

“Bom kluster digunakan terhadap tentera musuh sebelum serangan bermula. Jika digunakan ke atas orang awam, ia bukan sahaja jenayah perang tetapi penggunaannya mempunyai satu tujuan ssahaja iaitu untuk menyebarkan keganasan dan ketakutan kepada penduduk,” kata sumber itu.

Lewat hari yang sama kelmarin, duta Ukraine ke AS, Oksana Markarova pula mendakwa bahawa Rusia menggunakan bom vakum terhadap Ukraine.

“Mereka menggunakan bom vakum hari ini (kelmarin) yang dilarang oleh konvensyen Geneva. Kemusnahan yang cuba ditimbulkan oleh Rusia ke atas Ukraine adalah besar,” katanya.

Bom vakum yang juga dikenali sebagai senjata termobarik, boleh mengewapkan jasad dan menghancurkan organ dalaman manusia.

Senjata itu menggunakan oksigen dari udara sekeliling untuk menghasilkan letupan suhu tinggi, dan gelombang dalam tempoh yang lebih lama daripada bom konvensional.

Ia adalah antara senjata bukan nuklear paling berkuasa pernah dicipta.

Markarova membuat kenyataan itu selepas ketua pendakwa aya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berkata, beliau akan membuka kertas siasatan ‘secepat mungkin’ tentang kemungkinan tentera Rusia melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Ukraine.

-Kosmo Online

Tags: Bom KlusterKrisis Rusia-UkrainePresiden Ukraineputin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Jenayah Antarabangsa Akan Siasat Rusia

Next Post

Isu BAM, Vaksin Murid Sekolah Antara Tumpuan Parlimen Hari Ini

Related Posts

Malaysia Boleh Main Peranan Penting Galak Keamanan Di Ukraine

Malaysia Boleh Main Peranan Penting Galak Keamanan Di Ukraine

16/08/2023
0

KUALA LUMPUR - Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan keamanan di Ukraine dengan menyokong 'formula perdamaian' 10 perkara yang...

Putin Luluskan Perjanjian Aneksasi Empat Wilayah Ukraine

Putin Luluskan Perjanjian Aneksasi Empat Wilayah Ukraine

05/10/2022
0

ANKARA - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu meluluskan perjanjian mengenai "penerimaan" wilayah Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson Ukraine ke...

Next Post

Isu BAM, Vaksin Murid Sekolah Antara Tumpuan Parlimen Hari Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd