• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perdana Menteri Minta Vietnam Segera Selesaikan Isu Pencerobohan Nelayan

oleh Mohd Arshad
22/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI: Malaysia meminta Vietnam untuk mengambil tindakan konkrit segera supaya insiden pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia dapat diselesaikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata isu berkenaan semakin membimbangkan kerana sejak kebelakangan ini nelayan Vietnam bukan sahaja menceroboh, malah ada yang bertindak agresif dan provokatif terhadap penguat kuasa maritim dan nelayan Malaysia dalam perairan negara.

“Jika dibiarkan ia mungkin boleh mencetuskan isu yang lebih besar, ini berkait rapat dengan isu dan aktiviti perikanan IUU (Illegal, Unregulated and Unreported Fishing-perikanan yang melanggar undang-undang, tidak dikawal selia, tidak dilaporkan) dalam perairan Malaysia,” katanya kepada kumpulan media Malaysia di sini hari ini selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari di Vietnam, semalam.

“Aktiviti sedemikian bukan sahaja menjejaskan aktiviti-aktiviti perikanan dan mata pencarian nelayan-nelayan Malaysia tetapi provokasi ini membimbangkan. Oleh itu saya telah meminta Perdana Menteri Vietnam untuk mengambil tindakan konkrit yang segera untuk menghentikan tindakan pencerobohan,” tambahnya.

Beliau berharap kerajaan Vietnam atas dasar persahabatan dengan Malaysia, mengambil tindakan segera supaya tindakan pencerobohan nelayan dapat diselesaikan.

Ismail Sabri berkata isu itu bukanlah perkara baharu dan beliau sendiri pernah ke Vietnam sebelum ini bagi membincangkan perkara berkenaan semasa menjadi Menteri Pertanian.

Berhubung lawatan rasmi dua hari ke Vietnam, Perdana Menteri berkata dalam lawatan itu beliau turut bertukar pandangan mengenai konflik Rusia-Ukraine, dan dalam isu ini kedua-dua negara mengambil sikap berkecuali.

Ismail Sabri berkata bagaimanapun, Malaysia tegas menyatakan tidak akan berkompromi dari segi pencerobohan negara lain ke atas negara berdaulat yang lain.

“Kita tidak akan menyokong pencerobohan seperti ini, bagaimanapun pendirian kita tidak campur tangan. Kita mahu supaya isu yang berlaku di Ukraine dapat diselesaikan dengan cara diplomatik,” katanya.

Bernama-

Tags: NelayanpencerobohPerdana MenteriVietnam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kesan konflik di Asia Barat terhadap Malaysia masih terkawal. Bagaimanapun,...

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelarasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd