• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Cadang Pinda Perlembagaan Pemilihan Parti

oleh Mohd Arshad
17/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mencadangkan agar perlembagaan berhubung pemilihan parti itu dipinda.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pemilihan parti seharusnya diadakan hanya selepas setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU).

“Usah hanyut dalam gelora pemilihan parti. Mula kembali budaya bobrok lama membawa rombongan ke sana sini, menyusun jentera, membuat pelbagai gerakan untuk mencatur dan menjatuhkan sesama sendiri.

“Ingatlah, jika bahtera kita karam buat kali kedua, jawatan parti pun sudah tidak bernilai lagi.

“Pemuda ingin mengusulkan kepada pimpinan tertinggi dan Perhimpunan Agung UMNO agar membuat pindaan perlembagaan parti supaya pemilihan parti diadakan hanya selepas setiap kali PRU.

“Ini bagi mengelakkan sebarang usaha untuk memporak-perandakan, melemahkan kesepaduan dan kekuatan parti,” katanya dalam ucapan dasar pada persidangan perwakilan pergerakan itu bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Khamis.

Dalam pada itu, Pemuda turut mencadangkan tiga agenda transformasi terhadap institusi dan penjernihan budaya politik negara yang harus disegerakan.

Beliau berkata, fungsi pendakwa raya harus dikeluarkan daripada peranan Peguam Negara bagi menjamin kebebasan fungsi dan peranan pendakwa raya yang kini berada di bawah Jabatan Peguam Negara.

“Atas prinsip keadilan dan mengelakkan daripada konflik kepentingan terutamanya menyentuh pendakwaan politik terpilih, seorang Peguam Negara yang dilantik atas nasihat Perdana Menteri tidak wajar menasihati kerajaan dan pada masa sama menggunakan kuasa bagi melakukan pendakwaan,” katanya.

Beliau turut mendesak agar Akta Anti Lompat Parti dibahas dan diluluskan segera.

“Undang-undang ini adalah satu keperluan bagi memastikan rakyat kembali percaya kepada sistem demokrasi negara.

“Rakyat mesti diberikan keyakinan semula bahawa undi mereka bukanlah sia-sia,” katanya.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut menggesa agar kerajaan segera membentangkan Akta Pendanaan Politik.

Menurutnya, ia bagi memastikan rakyat dapat memastikan tiadanya sebarang unsur rasuah mahupun salah guna kuasa.

-Sinar Harian

Tags: PAU 2021Pemuda UMNOPinda Perlembagaan Pemilihan PartiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd