• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Hilux ‘Buli’ Kereta Dicari

oleh AK-47
20/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bukit Mertajam : Polis sedang mengesan pemandu Toyota Hilux yang didapati memandu secara merbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis mengesan satu video berdurasi satu minit 35 saat yang dimuat naik seorang pelayar Facebook (FB) pada semalam.

Menurutnya, video itu memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melakukan buli jalan raya dengan cuba menghimpit sebuah kereta lain sehingga hampir berlaku kemalangan.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kelmarin (Jumaat) pada 2.49 petang di Kilometer 138.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

“Insiden menunjukkan pacuan empat roda terbabit dengan nombor pendaftaran PMX3338 menghimpit sebuah kenderaan nombor pendaftaran tidak pasti yang hampir menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Disebabkan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shafee berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemandu pacuan empat roda terbabit dan pemandu kenderaan yang dihimpit dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut.

“Polis memohon pengguna lebuh raya yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Maklumat berkenaan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Firdaus Abdul Ghani di talian 014-3955400 atau 04-5382222,” katanya.

-Harian Metro

Tags: buliHiluxpemandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd