• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelanggan Cedera Dirempuh Kereta Terbabas Masuk Kedai Makan

oleh Mohd Arshad
29/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang pelanggan wanita cedera akibat dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan selepas pemandunya tertekan pedal minyak sebelum merempuh masuk ke kedai makan terletak di Batu 13 Hulu Langat, tengah hari semalam.

Insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari itu berlaku apabila seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun yang memandu kereta tiba-tiba pitam ketika hendak menekan brek ketika sampai di tempat parkir depan kedai makan terbabit dan tertekan pedal minyak.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata kenderaan itu kemudian melanggar sebuah motosikal sebelum merempuh masuk ke dalam kedai makan dan melanggar peralatan yang ada di situ.

“Akibat rempuhan itu juga, seorang pelanggan wanita yang sedang mengambil makanan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun, pelanggan lain yang berada di dalam kedai makan terbabit terselamat manakala pemilik kedai mengalami kerosakan pada harta benda sahaja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

“Orang ramai dinasihatkan memastikan kesihatan masing-masing berada pada tahap yang baik sebelum memandu kenderaan untuk mengelakkan kemalangan.

“Pengusaha premis perniagaan makanan juga dinasihatkan memasang besi keselamatan atau sesuatu struktur yang kukuh untuk mengelakkan kemalangan seumpamanya berlaku,” katanya.

BHonline-

Tags: kecederaankedai makankereta terbabas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Roman Abramovich Alami Simptom Agen Kimia

Next Post

Program Jualan Keluarga Malaysia Dilanjutkan Sehingga Jun

Related Posts

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

04/06/2024
1

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu kejadian pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah kedai makan dekat sini....

Rundingan Gencatan Senjata Capai ‘Kemajuan Ketara’

Kereta Terbabas, Terbalik Selepas ‘Aksi’ Pandu Melulu, Himpit

08/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera setelah kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik selepas dihimpit sebuah Honda City...

Next Post

Program Jualan Keluarga Malaysia Dilanjutkan Sehingga Jun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd