• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operator Kilang Maut Terjatuh Dalam Mesin Pengisar

oleh Mohd Arshad
15/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang operator kilang maut selepas terjatuh ke dalam sebuah mesin pengisar membuat mozek di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang di Iskandar Puteri, dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berkenaan, Fenddy Asim, 19, meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan bahu.

“Ketika kejadian kira-kira 11.30 pagi, mangsa (Fenddy) sedang tunduk melakukan pembersihan pada mesin tersebut dan secara tiba-tiba mesin itu telah berputar menyebabkannya terjatuh lalu kepala dan bahunya terkena mesin.

“Seorang rakan sekerja mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut bergegas mematikan suis mesin dan kemudian memanggil rakan sekerja lain untuk membantu mengeluarkan mangsa dari dalam mesin tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dzulkhairi berkata, Fenddy dibawa ke klinik berhampiran pada 11.35 pagi untuk rawatan namun dia yang berlumuran darah di bahagian kepala dan telinga, disahkan meninggal dunia oleh doktor.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu tidak melibatkan sebarang kesalahan jenayah. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk ujian calitan Covid-19 dan bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-Sinar Harian

Tags: mesin pengisarOperator kilangterjatuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

22,030 Kes Covid-19 Direkodkan Dengan 92 Kematian

Next Post

Proses Tender MRT3 Bermula Tahun Ini

Related Posts

Bayi Berusia Setahun Meninggal Akibat Terjatuh Dalam Air, Mangsa Banjir Ketiga Di Kelantan

Bayi Berusia Setahun Meninggal Akibat Terjatuh Dalam Air, Mangsa Banjir Ketiga Di Kelantan

30/11/2024
0

RANTAU PANJANG: Seorang bayi berusia setahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam air di rumahnya di Tumpat, pagi semalam. IKUTI...

Hilang Tiga Jari Tersepit Mesin Pengisar

Hilang Tiga Jari Tersepit Mesin Pengisar

16/05/2023
0

Kuala Lumpur : Pekerja kilang memproses makanan putus tiga jari selepas tersepit pada mesin pengisar daging di ketika bekerja di...

Next Post

Proses Tender MRT3 Bermula Tahun Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd