• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NATO Dapat Lampu Hijau Bekal Jet Pejuang Kepada Ukraine

oleh AK-47
08/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) memberi ‘lampu hijau’ kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk membekalkan jet pejuang kepada Ukraine, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Namun begitu, Rusia memberi amaran mengisytiharkan perang terhadap mana-mana negara yang memberi bantuan pesawat tempur kepada Kiev.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menandatangani perjanjian dengan Poland dan negara lain untuk menghantar jet MiG buatan Rusia mereka untuk membantu pasukan pertahanan Ukraine.

Poland dilaporkan telah meminta AS menghantar pejuang F-16 bagi menggantikan mana-mana jet MiG era Soviet yang dibekalkannya untuk Kiev..

“Bantuan ini mendapat lampu hijau White House dalam usaha mengekang kemaraan tentera Rusia di Ukraine.

“Malah, kami sedang bercakap dengan Poland tentang apa yang boleh dilakukan untuk memenuhi keperluan mereka jika mereka memilih menyediakan jet pejuang kepada Ukraine,” kata Blinken.

Beliau menambah bahawa anggota NATO dan Kumpulan Tujuh (G7) sedang bekerjasama untuk menekan Kremlin dengan memperkenalkan lebih banyak sekatan dalam masa beberapa hari akan datang.

“Malangnya, saya rasa kita semua perlu bersedia untuk menerima bahawa perkara ini akan berterusan untuk satu tempoh yang lama,” katanya.

Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Rusia mengeluarkan amaran kepada mana-mana sekutu NATO yang mempertimbangkan untuk membantu Ukraine.

“Kami tahu pasti bahawa pesawat tempur Ukraine telah terbang ke Romania dan negara jiran lain.

“Penggunaan rangkaian lapangan terbang negara-negara ini untuk mendasarkan penerbangan ketenteraan Ukraine dengan penggunaan kekerasan berikutnya terhadap tentera Rusia boleh dianggap sebagai penglibatan negara-negara ini dalam konflik bersenjata,” kata jurucakap, Igor Konashenkov.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Barat sekali lagi mengenakan zon larangan terbang selepas lapan peluru berpandu Rusia memusnahkan lapangan terbang awam di Vinnytsia.

“Jika anda memberi kami sekurang-kurangnya pesawat supaya kami dapat melindungi diri kami, hanya ada satu perkara yang perlu disimpulkan iaitu anda mahu kami dibunuh dengan dengan perlahan-lahan,” kata Zelensky.

-Kosmo Online

Tags: Bekal JetKrisis Rusia-UkraineNATOUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Rusia Beri Amaran: Perang Dengan NATO Jika Pesawat Mereka Ditembak Jatuh

Rusia Beri Amaran: Perang Dengan NATO Jika Pesawat Mereka Ditembak Jatuh

26/09/2025
0

Rusia Beri Amaran: Perang Dengan NATO Jika Pesawat Mereka Ditembak Jatuh MOSCOW, 25 Sept : Rusia memberi amaran keras bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd