• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muar Sesak Petanda Baik – Muhyiddin

oleh Mohd Arshad
12/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keadaan bandar Muar yang sesak adalah petanda pelaksanaan sistem demokrasi berjalan dengan baik apabila ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung menjalankan tanggungjawab mengundi.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, pihaknya menyasarkan jumlah rakyat Johor yang keluar mengundi hari ini adalah 70 hingga 80 peratus berdasarkan pola kesesakan itu yang menunjukkan ramai pulang ke kampung bagi mengundi.

Mengulas lanjut katanya, peratusan mengundi yang tinggi adalah penting bagi mencerminkan kehendak realiti rakyat Johor terhadap kerajaan yang bakal dibentuk, esok.

“Saya diberitahu Muar sesak, mungkin petanda baik ramai dari luar balik untuk mengundi pagi ini. Saya mengambil kesempatan menyeru semua pengundi di Johor termasuk pengundi muda keluar beramai-ramai.

“Perkara ini amat penting kerana kalau peratusan undi agak rendah ia tidak menggambarkan hakikat realiti kehendak rakyat Johor yang saya percaya mahukan perubahan,” katanya selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar, di sini, bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani.

Ahli Parlimen Pagoh itu yang tiba bersama isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada jam 9.17 pagi tadi.

Menurut maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 2.597 juta pengundi layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

DUN Maharani terdapat seramai 38,596 pengundi.

-Berita Harian

Tags: muarPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

95 Veteran Tentera Terlantar Di Muar Perlu Bantuan Khas Bulanan

95 Veteran Tentera Terlantar Di Muar Perlu Bantuan Khas Bulanan

27/08/2023
0

MUAR: Seramai 95 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini hidup terlantar akibat menghidap pelbagai penyakit kronik memerlukan bantuan...

PRU15: [RASMI] Syed Saddiq Sah Pertahan Di Muar

PRU15: [RASMI] Syed Saddiq Sah Pertahan Di Muar

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sah pertahan kerusi Parlimen Muar pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd