• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

#MH370 Terus Sohor Kini Di Twitter

oleh Mohd Arshad
08/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tanda pagar #MH370 terus sohor kini di Twitter hari ini apabila ramai pengguna laman media sosial itu memuat naik pelbagai hantaran dalam usaha memperingati kehilangan pesawat berkenaan yang memasuki tahun kelapan.

Sebelum ini, pesawat Beoing 777-200ER milik Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan sejurus melintasi ruang udara Laut China Selatan sebelum kehilangannya kekal menjadi misteri hingga kini.

Menerusi tinjauan Kosmo! di Twitter, ciapan mengenai MH370 dikongsi lebih 3,618 kali pengguna sekali gus menjadi sohor kini di ‘Trending in Malaysia’.

Rata-rata pengguna Twitter terus mendoakan agar misteri melibatkan pesawat itu berjaya dirungkai selain berharap agar keluarga mangsa terus tabah dan kuat dalam melalui situasi getir itu.

“Lapan tahun lalu pada 8 Mac 2014, MH370 berlepas dari KLIA dan dijangka tiba di Beijing lapan jam kemudian, tetapi ia terus menghilang. Masih menjadi salah satu misteri terbesar dunia penerbangan, doa kita untuk 239 nyawa di dalam pesawat itu,” kata Michael Warren.

“Tidak pernah dilupakan, Al Fatihah, MH370,” doa KhairulNizar86.

“Lapan tahun, tetapi masih ada harapan untuk menjumpai pesawat itu, selamat malam MH370,” jelas itskaytobeyou.

Operasi pencarian terakhir MH370 dihentikan pada Mei 2018 selepas syarikat eksplorasi Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat itu.

Usaha pencarian meliputi lebih 112,000 kilometer persegi dengan keseluruhan operasi mengambil masa lebih empat tahun.

-Kosmo Online

Tags: MH370Twitter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

19/10/2025
0

TAKAHIRO SHIRAISHI: “PEMBUNUH TWITTER” JEPUN DIGANTUNG SAMPAI MATI Oleh Mynewshub  TOKYO, 27 JUN 2025 – Jepun telah melaksanakan hukuman gantung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd