• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

oleh AK-47
15/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses ‘uji dan lepas’ penumpang yang tiba di bawah kemudahan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara bermula Rabu.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, menerusi langkah penambahbaikan itu, penumpang terbabit tidak lagi perlu menunggu keputusan saringan RT-PCR COVID-19 mereka di lapangan terbang.

“Mereka sebaliknya boleh beredar segera dengan menggunakan khidmat pengangkutan persendirian, teksi atau kereta sewa dari lapangan terbang ke lokasi penginapan yang telah diisytiharkan dalam Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) MySejahtera, sejurus mendapat pelepasan imigresen.

“Ini akan memberi lebih banyak fleksibiliti dan keselesaan kepada pengembara VTL sementara menunggu keputusan ujian masing-masing yang diperoleh dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, sebaik saja keputusan itu negatif, status HSO dalam MySejahtera itu akan diubah oleh pihak berkuasa.

Menurut MAHB, selain membolehkan para penumpang menikmati proses pelepasan di lapangan terbang dengan lebih pantas, langkah terbaharu itu juga dijangka dapat meminimumkan kesesakan di pintu masuk berkenaan susulan pelaksanaan pelbagai program VTL udara.

VTL udara bagi Kemboja dan Thailand bermula pada Selasa manakala program sama bagi Singapura akan diperluaskan dengan meliputi destinasi baharu Pulau Pinang bermula Rabu.

Bernama-

Tags: 'Uji Dan Lepas'MAHBVTL Udara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendengaran PM, Kerajaan Batal Saman Batu Puteh Pada 21 Jun

Next Post

Daftar Pemilih Tambahan Februari Dibuka Untuk Semakan

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

Kerajaan Tiada Perancangan Jual LTSAAS Subang

25/06/2021
0

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak berhasrat menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) kepada mana-mana pihak sekali gus menolak spekulasi...

Next Post

Daftar Pemilih Tambahan Februari Dibuka Untuk Semakan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd