• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAFI Nilai Kerugian Akibat Banjir Di Kelantan, Terengganu

oleh Mohd Arshad
03/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang dalam proses menilai kerugian sektor agromakanan yang terjejas akibat banjir di Kelantan dan Terengganu, kata Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee.

Pada masa ini, katanya anggaran kerugian sektor agromakanan di dua negeri berkenaan berjumlah RM500,000 antaranya melibatkan sektor padi beras, penternakan dan akuakultur.

“Banjir di Kelantan dan Terengganu, kita sedang mengemas kini data kerosakan dalam sektor agromakanan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pertanian Ke-10, di sini hari ini.

Ronald berkata MAFI telah menyalurkan bantuan berjumlah RM22 juta kepada sektor agromakanan yang terjejas akibat banjir pada Disember lepas, meliputi bantuan untuk memulakan perusahaan.

“Angka (dana disalurkan) itu sentiasa meningkat sebab nilaian ada yang belum tamat lagi dan ada yang bertambah,” katanya.

Ronald dalam pada itu berkata kursus dan latihan di bawah institusi latihan kendalian MAFI akan terus ditambah baik bagi melengkapkan peserta kursus dengan teknologi terkini dalam industri agromakanan dan mendedahkan mereka kepada pertanian moden berteraskan Revolusi Industri 4.0.

Beliau berkata satu kursus baharu iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyelenggaraan Jentera Pertanian akan diperkenalkan bagi pengambilan pada September depan.

Majlis Konvokesyen Pertanian ke-10 itu melibatkan 1,712 graduan yang telah menamatkan pengajian di 14 institusi latihan kendalian MAFI bagi 2020 dan 2021.

Sehingga kini, MAFI telah melahirkan seramai 21,759 pelatih berkemahiran dalam sektor pertanian sejak 1969.

Bernama-

Tags: Banjir KelantanBanjir TerengganuMAFI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN Johor: 17 Kertas Siasatan Dibuka, 405 Permit Dilulus Hingga Semalam – Polis

Next Post

Loji Nuklear Terbesar Eropah Terbakar

Related Posts

Bajet 2023: MAFI Harap Peruntukan Ditingkatkan

Bajet 2023: MAFI Harap Peruntukan Ditingkatkan

08/09/2022
0

KEPALA BATAS - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berharap peruntukan kementerian itu akan meningkat pada Bajet 2023, bagi membolehkan...

Harga Siling Ayam, Telur Kekal: Annuar

Harga Siling Ayam, Telur Kekal: Annuar

29/08/2022
0

KUALA LUMPUR - Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal,...

Next Post

Loji Nuklear Terbesar Eropah Terbakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd