• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kripto Tidak Diiktiraf Mata Wang Sah Diperlakukan Di Malaysia

oleh AK-47
10/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kripto tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah diperlakukan di Malaysia, dan bukan instrumen pembayaran yang dikawal selia Bank Negara Malaysia (BNM).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata aset digital seperti Bitcoin dan Ethereum tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran kerana ia tidak menunjukkan ciri universal wang.

“Secara umum, aset digital bukan penyimpan nilai dan medium pertukaran yang baik. Ini disebabkan keadaan aset digital yang terdedah kepada turun naik harga tidak menentu akibat pelaburan spekulatif, risiko kecurian akibat ancaman siber dan kekurangan dari segi boleh skala.

“Memandangkan teknologi pembayaran dan landskap aset digital semakin berkembang, pihak BNM sedang menilai secara aktif potensi mata wang digital bank pusat (CBDC), termasuk teknologi lejar teragih (DLT) untuk mencapai objektif dasar awam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan kepada soalan June Leow Hsiad Hui (PH-Hulu Selangor) di Dewan Rakyat, mengenai kesediaan kerajaan mengiktiraf mata wang kripto dan platform ‘non-fungible tokens’ (NFTs) yang sedang melonjak naik secara global serta kesediaan kerajaan untuk mengaplikasikannya di negara ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, BNM sudah memulakan kajian CBDC berbilang tahun melalui pembuktian konsep (POC).

“Sebagai contoh, BNM sedang bekerjasama dengan Bank for International Settlements Innovation Hub dan bank pusat di Australia, Singapura serta Afrika Selatan menerusi Projek Dunbar untuk mengkaji potensi CBDC bagi menambah baik pembayaran rentas sempadan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: KriptoMata Wang Sah DiperlakukanTidak Diiktiraf
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiba-Tiba Anwar Sokong Keluar Wang KWSP

Next Post

Najib Upah Firma PR Global, Karv Jadi Wakil Pada Media AS

Related Posts

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

24/05/2024
0

Kuala Lumpur : Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43...

Tipu Pelaburan, Kripto: SPRM Beku 74 Akaun Bernilai RM11 Juta

Tipu Pelaburan, Kripto: SPRM Beku 74 Akaun Bernilai RM11 Juta

28/02/2023
0

PETALING JAYA: Kira-kira 74 akaun milik individu dan syarikat bernilai RM 11 juta dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas...

Next Post

Najib Upah Firma PR Global, Karv Jadi Wakil Pada Media AS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd