• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Tetap Bertanggungjawab Jika Kanak-kanak Divaksinasi Alami Implikasi Kesihatan

oleh AK-47
13/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tetap mengambil tanggungjawab sekiranya berlaku sebarang implikasi kesihatan selepas vaksinasi kanak-kanak walaupun terdapat klausa dalam borang persetujuan suntikan menyatakan risiko ditanggung sendiri ibu bapa.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Ketua Sektor Kesihatan Sekolah KKM, Dr Saidatul Norbaya Buang, berkata ibu bapa perlu faham klausa berkenaan digunakan mengambil kira suntikan vaksinasi untuk kanak-kanak masih belum mendapat kelulusan penuh.

“Sebagaimana diketahui, vaksin untuk kanak-kanak ini belum dapat kelulusan penuh, ia masih di peringkat bagi kegunaan kecemasan. Bermakna, bukan KKM tidak ambil tanggungjawab tetapi disebabkan ia masih dibawah kebenaran penGgunaan kecemasan (EUA).

“Sekiranya berlaku kesan sampingan dan terbukti ia serius, ibu bapa boleh membawa kes ini contohnya kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya pada Forum Awam: ‘Vaksin COVID-19: Adakah Anak Anda Perlukannya?’ yang diadakan secara maya menerusi Youtube dan Zoom anjuran Persatuan Pediatrik Malaysia dan Immunise4life, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Farmasi, Ketua Seksyen Farmakovigilan NPRA, Dr Azuana Ramli, berkata klausa berkenaan hanya untuk memberi maklumat berhubung kemungkinan risiko selepas suntikan sebagaimana pada ubat-ubatan yang lain.

Katanya, ibu bapa atau penjaga masih boleh membuat tuntutan untuk mendapatkan bantuan kerajaan jika terdapat kesan sampingan yang serius selepas divaksinasi.

“Memang betul ada bantuan khas kesan mudarat vaksin disediakan kerajaan. Itu sebenarnya adalah bantuan, bukan pampasan. Ia boleh dipohon oleh mereka yang terkesan, cuma ada beberap kritiera untuk pemohon.

“Salah satu kriterianya, kesan dihadapi membabitkan kesan yang serius. Begitu juga dengan sekiranya berlaku kematian, turut ada akses kepada bantuan berkenaan kerana ia terangkum dalam kesan serius. Setiap permohonan akan dinilai termasuk hubung kait di antara kesan dan vaksin yang digunakan.

“Ada beberapa jawatankuasa yang terbabit, antaranya NPRA sebagai urus setia yang perlu dilalui pemohon untuk menentukan sebab, kesan dengan vaksin berdasarkan laporan penyiasat disediakan fasiliti yang menerima kes,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Azuana memaklumkan, setakat ini hanya empat laporan serius berkaitan kesan mudarat berikutan imunisasi (AEFI) dalam kalangan kanak-kanak yang diterima NPRA.

“Majoriti laporan AEFI diterima adalah kesan tidak serius, jadi (kesan seperti) miokarditis belum lagi dilihat. Antara kebiasaan yang diterima adalah berkaitan kulit, kebimbangan mengenai proses vaksinasi, ada yang pengsan dan demam.

“Laporan serius pernah diterima hanya empat laporan setakat ini, tiga daripadanya adalah laporan yang dimasukkan ke hospital untuk pemantauan dan hampir sembuh, satu lagi kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) tetapi selepas siasatan, kita dapati penerima vaksin ada masalah penyakit lain,” katanya.

BHonline-

Tags: Covid-19kanak-kanakKKMvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd