• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Rampas Produk Kesihatan, Kosmetik Tidak Berdaftar Di Ibu Negara

oleh AK-47
10/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) merampas 531 ubat-ubatan, produk kesihatan dan kosmetik tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM152,213 menerusi Op Majestic yang dijalankan di sekitar ibu negara.

Pengarah Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Nor’Aishah Abu Bakar berkata, serbuan dilakukan ke atas tujuh premis perniagaan termasuk sebuah dispensari haram di Jalan Tun Tan Siew Sin, yang menjadi tumpuan terutama dalam kalangan bukan warganegara.

Beliau berkata, produk tidak berdaftar dengan KKM yang dirampas itu termasuk ubat-ubatan disyaki mengandungi racun disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 seperti antibiotik, antihistamin dan tahan sakit.

“Produk itu dipamerkan secara terbuka di dalam premis dan ada juga yang disorok di sebalik pelbagai produk barangan am,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Dr Nor’Aishah berkata, operasi berdasarkan pemantauan ke atas premis sasaran dan aduan orang awam itu membabitkan 45 Pegawai Penguatkuasa Farmasi dari Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan, pihak berkaitan boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar membuat semakan kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-7883 5400.

-Utusan Online

Tags: KKMproduk kesihatanProduk Kosmetikrampastidak berdaftar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk berkenaan. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd