• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang, Mahathir Selagi Hayat Dikandung Badan

oleh Mohd Arshad
20/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kita harus berasa ragu-ragu apabila pemimpin ulung DAP, Lim Kit Siang mengumumkan persaraannya dalam dunia politik semalam.

Kit Siang kata dia tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam kongres DAP, kerusi Parlimen mahupun kerusi DUN di masa akan datang.

Mungkinkah pengumumannya itu kebetulan sama seperti pengumuman Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 9 Mac lalu.

Bekas Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu juga mengesahkan tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Apakah motif mereka berdua membuat pengumuman yang sama seperti itu? Perlu diingat dalam dunia politik tiada istilah bersara.

Orang politik tetap politik. Bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pandan, Rafizi Ramli pernah mengumumkan telah bersara politik.

Namun beberapa hari lalu beliau memaklumkan akan kembali dalam pentas politik dan mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Sebenarnya orang politik tidak akan pernah berhenti berpolitik selagi ada ruang. Pengumuman bersara cumalah suatu muslihat.

Rafizi sebagai contoh mengumumkan bersara lalu berjaya menyelamatkan diri diri daripada terus dikecam rakyat kerana berbohong pada PRU-14.

Apabila kisah pembohongannya semakin kurang dibahaskan rakyat dan ada pula peluang untuk mengambil kesempatan daripada kelemahan PKR, maka beliau umum akan kembali.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan persaraannya dari arena politik pada 28 Ogos 2021.

Tetapi sehingga hari ini beliau meneruskan serangannya terhadap “Top Two” UMNO seperti beliau lakukan semasa mempertahankan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin.

Begitu juga dengan kisah Kit Siang dan Mahathir. Kedua-duanya tahu rakyat kini menolak mereka. Buktinya dalam 7 PRK dan PRN Melaka serta Johor.

Lalu mereka pun mengumumkan akan bersara daripada politik kerana mereka tahu diri mereka kini liabiliti kepada parti mereka.

Tetapi jika ada ruang dan peluang seperti Rafizi pasti mereka akan umum tidak jadi bersara atau kembali berpolitik konon demi rakyat.

Bagaimanapun, kita harus juga berasa sangi dengan pengumuman Kit Siang mahu bersara kerana pada 10 Mei 2019 beliau pernah menjanjikan yang sama.

Berjanji akan bersara jika Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri kerajaan PH tidak melaksanakan janjinya untuk menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau namun tidak menunaikan janjinya selepas Mahathir enggan melepaskan jawatannya kepada Anwar yang membawa maksud kedua-duanya adalah penipu.

Seperti dialog lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee “Bapak disana tu penyamun, abang di sini penyangak. Dah kena dah penyamun jual penyangak.”

Kesimpulannya rakyat Malaysia tidak boleh begitu mudah percaya dengan pengumuman Kit Siang dan Mahathir akan bersara daripada politik.

Jangan mudah terpedaya konon DAP dan Pejuang telah mengalami perubahan kerana tiada lagi watak Kit Siang dan Mahathir dalam politik tanah air.

Hakikatnya kedua-dua mereka akan tetap berada dalam parti masing-masing dan menentukan hala tuju parti mereka selagi hayat dikandung badan.

Mynewshub-

Tags: DAPLim Kit SiangPHPRU-15Tun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan ‘Meraikan’ Boleh Jejas Kerjasama PH, BN Dalam Kerajaan MADANI – Kian Ming

Kenyataan ‘Meraikan’ Boleh Jejas Kerjasama PH, BN Dalam Kerajaan MADANI – Kian Ming

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan 'meraikan' yang ditulis bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin dalam...

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd