• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kanak-kanak Dijangkiti COVID-19 Dalam Kategori 4, 5 Naik Mendadak

oleh Mohd Arshad
13/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jumlah kanak-kanak yang mendapat jangkitan COVID-19 dalam kategori empat dan lima mencatatkan peningkatan mendadak dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini dan situasi itu membimbangkan.

Pakar Perunding Intensif Pediatrik, Prof Madya Dr Anis Siham Zainal Abidin, berkata ini kerana mereka terdedah kepada beberapa kesan daripada jangkitan berkenaan.

Sepanjang tiga minggu lalu, katanya, sebanyak 17 kematian dilaporkan membabitkan kanak-kanak di seluruh negara.

“Memang kami melihat (angka) kemasukan kanak-kanak ke wad dan unit rawatan rapi (ICU) mendadak dari Januari, Febuari dan termasuk bulan ini.

“Minggu lalu, 12,000 kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan 13,000 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun dijangkiti COVID-19.

“Mereka datang dalam keadaan tidak selesa, perlu bantuan pernafasan dan ada organ yang terkena kesan jangkitan COVID-19,” katanya dalam Forum Awam: ‘Vaksin COVID-19: Adakah Anak Anda Perlukannya?” yang diadakan secara maya menerusi YouTube dan Zoom anjuran Persatuan Persatuan Pediatrik Malaysia dan Immunise4life.

Beliau berkata, situasi itu membimbangkan kerana jumlah kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 pada tahun lalu adalah jauh lebih rendah.

“Berbanding tahun lalu, kategori kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital adalah dalam kategori rendah tetapi kali ini mereka masuk dalam kategori agak tinggi, lebih ramai yang dijangkiti di tahap empat.

“Mereka boleh dapat dua kesan daripada jangkitan ini, satu adalah jangkitan kuman COVID-19 itu sendiri terhadap badan dan kedua, kesan radang yang datang dari jangkitan kuman. Selalunya selepas dua hingga enam minggu dari jangkitan COVID-19 yang pertama.

“Ini kita panggil sindrom keradangan pelbagai sistem dalam kanak-kanak (MISC). Paling ketara berbanding tahun lalu, selain serangan paru-paru mereka juga kena serangan pada jantung, saraf dan otak.

“Selain itu, kadar tenat pesakit (tahun ini) lebih teruk berbanding tahun lalu,” katanya.

Mengulas pengalamannya merawat pesakit yang menghadapi MISC, Dr Anis Siham berkata, pesakit kanak-kanak ini diserang oleh imun sistem sendiri dengan kes yang biasa dikesan membabitkan radang pada jantung.

“Kanak-kanak ini dapat serangan jantung, dari segi electrocardiogram (ECG) dan darah, kita lihat kesan jantung dialami lebih kurang sama sebagaimana serangan jantung untuk dewasa.

“Jadi, kita mungkin boleh gambarkan kesakitan yang dilalui kanak-kanak ini dan yang tenat perlu dimasukkan ke ICU.

“Terdapat juga kes yang saya terpaksa cuci darah mereka semula menggunakan mesin, dengan umur yang paling kecil pernah melalui rawatan ini adalah kurang sebulan dan ada juga berusia 12 hingga 15 tahun,” katanya.

BHonline-

Tags: Covid-19kanak-kanakkes COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd