• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Laksana Langkah Atasi Bencana: PM

oleh Mohd Arshad
08/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan menyenaraikan 11 penyelesaian jangka pendek dan sembilan penyelesaian jangka panjang berkaitan pengurusan bencana disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu akibat daripada pemanasan global.

Perkara tersebut dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-138 pada Selasa yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ismail Sabri, penyelesaian jangka pendek antaranya ialah memastikan kesiapsiagaan infrastruktur tebatan banjir (pam, pintu air dan set generator) pada tahap optimum dengan kerjasama kerajaan negeri.

“Selain itu, menyelenggara, mendalam dan membersih sistem saliran serta takungan banjir, menaik taraf 516 stesen siren dan 155 stesen kamera web sedia ada.

“Membangunkan 361 stesen kamera web baharu dan menaik taraf 100 stesen pencerapan cuaca menggunakan peralatan berteknologi tinggi bagi memastikan ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan adalah masa nyata (real time) dan boleh percaya (reliable).

“Kerajaan juga akan meningkatkan keupayaan aplikasi myCuaca untuk penyampaian maklumat kritikal yang efisien dan berkesan kepada Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara langkah penyelesaian jangka panjang pula adalah pembangunan Akta Adaptasi Sektor Air untuk memperkasa tadbir urus adaptasi perubahan iklim sektor air.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga akan menggunakan pendekatan ‘nature-based solution’ seperti pembinaan denai sungai sebagai platform penglibatan masyarakat.

“Kerajaan juga bersetuju meningkatkan kapasiti takungan air banjir dan memperkasa pelaksanaan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: bencanaLangkah Atasi Bencanapm
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

NATO Dapat Lampu Hijau Bekal Jet Pejuang Kepada Ukraine

Next Post

Malaysia Masuk Fasa Peralihan Endemik COVID-19 Bermula 1 April

Related Posts

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

‘DNAA Kes SRC Najib Urusan Hakim, Saya Tak Masuk Campur’ – PM Anwar

‘DNAA Kes SRC Najib Urusan Hakim, Saya Tak Masuk Campur’ – PM Anwar

20/06/2025
0

PUCHONG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak mencampuri sebarang urusan perundangan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...

Next Post

Malaysia Masuk Fasa Peralihan Endemik COVID-19 Bermula 1 April

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd