• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluar Mengundi Ikut Masa MySPR Semak

oleh Mohd Arshad
10/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini digalakkan supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan melalui aplikasi MySPR Semak.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata jika pengundi tidak dapat hadir pada masa keluar mengundi yang digalakkan atas sebab tertentu, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari jam 8 pagi hingga 6 petang atau waktu yang diwartakan di pusat mengundi masing-masing.

Katanya, seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 orang pengundi berdaftar, layak mengundi pada Sabtu ini, manakala seramai 21,407 orang adalah pengundi awal dan 36,729 orang sudah mengundi secara pos.

“SPR juga melalui aplikasi MySPR Semak, meletakkan maklumat masa keluar mengundi yang digalakkan untuk setiap pengundi dan pengundi dinasihatkan supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan itu.

“Namun, pengundi dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan dan garis panduan khas pencegahan COVID-19 pada hari mengundi nanti,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ikmalrudin berkata, pengundi yang mengetahui maklumat pengundian disaran terus ke saluran mengundi yang ditetapkan.

Beliau juga menyarankan pengundi supaya membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi terlebih dahulu melalui saluran portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my, Aplikasi MySPR Semak atau hotline SPR di talian 03-8892 7018.

“Apabila membuat semakan, catat dan simpan maklumat mengenai pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih.

“Catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi.

“Jangan lupa bawa kad pengenalan dan pastikan tidak menyerahkan kad pengenalan kepada pihak lain kecuali petugas pilihan raya di pusat mengundi masing-masing,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Keluar MengundiMySPR SemakPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Kemaman: Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3R

PRK Kemaman: 60 Peratus Keluar Mengundi Setakat 4 Petang

02/12/2023
0

KEMAMAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratus pengundi keluar mengundi bagi undi biasa sehingga pukul 4 petang hari ini adalah...

PRN Johor Membuktikan Majoriti Anak Muda Bersama BN

PRN Johor Membuktikan Majoriti Anak Muda Bersama BN

26/07/2022
0

Banyak propaganda disebarkan pengundi muda akan menolak Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung Mac lalu. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd