• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Identiti Lima Mangsa Tanah Runtuh Dikenal Pasti

oleh Mohd Arshad
11/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ampang : Polis mengenalpasti identiti lima mangsa yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, empat mangsa yang disahkan maut ialah Chong Siew Kim, 85; E Ramasamy, 58; A Mahendran, 36; dan Mohd Saiful Ridzuan Ishak, 37.

“Seorang lagi mangsa yang cedera ialah Cheng Kim Cheng berusia 85 tahun yang sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

“Proses pengecaman semua mangsa yang meninggal dunia sudah dilakukan oleh ahli keluarga masing-masing dan bedah siasat masih berjalan ketika ini.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya akan menempatkan 30 pegawai dan anggota di lokasi kejadian bagi melakukan pemantauan susulan pengosongan kediaman oleh penghuni.

“Pembukaan pondok polis sementara ini di lokasi kejadian bagi memudahkan penduduk membuat laporan tanpa perlu hadir ke balai lain.

“Dengan adanya pondok polis ini, penduduk boleh membuat laporan dengan bantuan pegawai dan anggota yang berada di lokasi,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Dikenal PastiIdentiti Mangsatanah runtuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Turki Kini ‘Berkawan’ Dengan Israel, Mahu Pulihkan Hubungan

Next Post

14 Pemain JDT Sertai Harimau Malaya

Related Posts

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

15/10/2024
0

AMPANG JAYA: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan...

Sebabkan Kematian Danial, Nasib Wei Liang Diketahui Khamis Ini

Lebih 60 Maut Tanah Runtuh Di Tanzania

05/12/2023
0

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania, berikutan hujan lebat sejak Sabtu, lapor...

Next Post

14 Pemain JDT Sertai Harimau Malaya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd