• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Berterusan, Ribut Petir Diramal Sehingga Jumaat

oleh AK-47
09/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan serta ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, selain Sarawak serta Sabah sehingga Jumaat ini.

METMalaysia melalui kenyataan memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di pantai barat Sabah, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat), manakala beberapa kawasan di Terengganu, Pahang serta pedalaman Tawau dan Labuan akan menerima hujan pada sebelah pagi.

Di sebelah petang, ribut petir diramal di kebanyakan kawasan di Putrajaya, selain beberapa kawasan Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor dan beberapa tempat di pedalaman Perak, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, ribut petir di satu dua kawasan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang juga diramal pada petang.

Pada sebelah malam, ribut petir dijangka di satu dua kawasan di Kedah, Pulau Pinang serta di pedalaman Pahang, selain hujan di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Samarahan, Betong, Sibu, Kapit, Bintulu, Limbang dan di pedalaman Perak, Kelantan, Selangor serta Negeri Sembilan.

Esok, ribut petir dijangka di sesetengah kawasan di Perak serta hujan di satu dua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Kuching, Serian dan Samarahan pada sebelah pagi.

Pada sebelah petang, ribut petir di kebanyakan kawasan Putrajaya, di beberapa kawasan Kuala Lumpur, di satu dua kawasan Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri serta Limbang dan satu dua kawasan pedalaman di Kedah, Perak, Kelantan dan Pahang.

Malam esok pula, hujan di satu dua kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang serta pedalaman Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, selain ribut petir beberapa kawasan pedalaman Pahang.

METMalaysia juga menjangkakan hujan di sesetengah kawasan di Melaka dan di satu dua kawasan Selangor, Negeri Sembilan serta Johor pada sebelah pagi Jumaat.

Pada sebelah petang, ribut dijangka di satu dua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri serta Limbang dan di satu dua kawasan pedalaman Perak.

Hujan juga dijangka di satu dua kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu serta Miri dan di kawasan pedalaman Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor pada sebelah malam.

-Berita Harian

Tags: amaran cuaca burukMetMalaysiaRamalan cuaca buruk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

17/02/2026
0

SHAH ALAM - Seluruh Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berdepan amaran...

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Amaran hujan berterusan di seluruh Semenanjung dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dijangka berlaku hingga Sabtu ini. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd