• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Bufet Ramadan Hotel Kedah, Perlis Dijangka Naik 15-20 Peratus

oleh Mohd Arshad
26/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pengusaha hotel bertaraf tiga dan empat bintang di Kedah dan Perlis tidak dapat menolak kenaikan harga bufet Ramadan antara 15 hingga 20 peratus berikutan peningkatan kos bahan mentah.

Timbalan Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Kedah dan Perlis, Razmi Rahmat, berkata harga bufet Ramadan sejak dua tahun lalu adalah sekitar RM50 hingga RM68 bagi kebanyakan hotel bertaraf tiga dan empat bintang.

“Ia adalah harga bufet bagi kebanyakan hotel, manakala hotel lima bintang pula biasanya menawarkan bufet Ramadan bermula RM90 dan lebih berikutan mereka menjual makanan mengikut set.

“Berikutan peningkatan kos bahan mentah, hotel tidak dapat mengekalkan harga sama dan memang akan ada kenaikan daripada tahun sebelumnya. Setiap hotel bebas menetapkan harga mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Katanya, anggaran harga bufet Ramadan di Kedah dan Perlis masih berpatutan dan jauh lebih rendah berbanding Lembah Klang.

“Secara umumnya, jika ada kenaikan 15 peratus, pelanggan hanya perlu membayar tambahan RM7.50 dan RM10 (jika naik 20 peratus) berbanding harga asal RM50.

“Kenaikan ini adalah munasabah kerana menu yang disediakan kekal, contohnya hidangan kambing bakar. Hotel tidak akan mengurangkan pilihan menu kerana ia adalah tarikan kepada pelanggan,” katanya.

Katanya, penetapan harga bufet terpulang kepada hotel berikutan sejak dahulu, bufet Ramadan bukan harga ditetapkan secara kawalan.

“Justeru kami di MAH Perlis dan Kedah bersetuju dengan peningkatan harga itu kerana dipengaruhi kenaikan harga mentah, kos operasi dengan jaminan hidangan yang berkualiti, bersih, menyelerakan dan banyak pilihan,” katanya.

BHonline-

Tags: harga bufet ramadanKedahMAHPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd