• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Gesa Isytihar Hari Mengundi Sebagai Hari Kelepasan Am

oleh Mohd Arshad
05/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Kerajaan negeri Johor digesa supaya mengisytiharkan hari mengundi sebagai hari kelepasan am sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengarah Pilihan Raya DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, pengisytiharan cuti umum itu supaya kerajaan negeri berupaya memaksimumkan kemampuannya untuk memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi pada PRN Johor 12 Mac ini.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata, ia mesti mencapai sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi peratusan keluar mengundi pada kadar 70 peratus selain memberi maklum balas kepada bilangan pendaftaran rendah undi pos iaitu hanya 7,824 pengundi warganegara ini yang berada di luar negara.

“Justeru, hal ini juga menunjukkan kerajaan bertanggungjawab terhadap kegagalan mendaftarkan pengundi pos.

“Pada masa sama, membuktikan masih belum terlambat memanfaatkan segala usaha untuk memastikan hari mengundi nanti dihadiri oleh semua pengundi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nie Ching berkata, faktor luaran yang perlu dipertimbang sebelum mengundi sama ada mereka bekerja pada hari tersebut dan pendahulu (precedent) pada pilihan raya negeri di Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kedua-duanya diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.

“Ini akan berada di bawah bidang kuasa mereka (kerajaan negeri) mengikut Akta Hari Kelepasan 1951. Ini juga membuktikan adalah dalam kuasa mereka mengisytiharkan hari kelepasan am.

“Apabila ia dilihat sebagai cuti umum, ia akan meningkatkan semangat orang ramai pulang ke rumah dan menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya.

-Utusan Online

Tags: DAPgesaanHari Kelepasan AMhari mengundiPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd