• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti Bersalin 98 Hari Setanding Jepun

oleh Mohd Arshad
30/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021, antara lain membabitkan pertambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari selaras Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, selepas dibahas oleh 17 senator.

Terdahulu, Awang ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata, rasional meningkatkan tempoh cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari adalah bagi memastikan pekerja wanita mendapat rehat mencukupi serta mengeratkan hubungan ibu dan anak.

“Selain itu, ia bagi memelihara keselamatan dan kesihatan pekerja wanita serta tumbesaran anak dan menggalakkan penyertaan golongan wanita dalam pasaran buruh.

“Peningkatan ini juga mengambil kira faktor kebanyakan negara jiran memberi cuti 90 hari atau lebih, contohnya Indonesia yang memberikan 90 hari (cuti bersalin), Korea juga memberi 90 hari (cuti bersalin) dan rakan perdagangan kita, Jepun memberikan 98 hari cuti bersalin,” katanya.

Awang berkata, faedah cuti bersalin itu dapat memberi perlindungan kepada pekerja wanita, sekali gus mengekalkan mereka dalam sektor pekerjaan serta menarik minat wanita memasuki pasaran kerja.

Persidangan Dewan Negara hari ini turut meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 bagi meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Rang undang-undang itu yang dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas sembilan senator.

Antara lain, rang undang-undang itu bertujuan memberi kuasa kepada pengawal, pegawai bekalan, pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada inspektor atau pegawai kastam untuk menahan tanpa waran orang yang dipercayai melakukan atau cuba melakukan kesalahan di bawah Akta 122.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok.

Bernama-

Tags: cuti bersalinDatuk Awang HashimILO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari, Tiada Tangguh Lagi

Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari, Tiada Tangguh Lagi

21/12/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan, akan tetap diteruskan mulai 1 Januari tahun depan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd