• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Kedah Rekod 309 Kematian Sejak Disember

oleh Mohd Arshad
23/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Sebanyak 309 kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Kedah dalam tempoh hampir tiga bulan sehingga 15 Mac lalu, yang tertinggi berbanding negeri lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata daripada jumlah itu, 216 kes atau 69.9 peratus adalah kematian di hospital, manakala 93 kes atau 30.1 peratus lagi membabitkan kematian di luar hospital (BID).

“Sebanyak 203 kes atau 65.7 peratus kematian itu adalah dalam kalangan mereka berusia melebihi 60 tahun. Selain itu, sebanyak 269 kematian bersamaan 87.1 peratus disebabkan belum menerima dos penggalak, manakala 260 kematian atau 84.1 peratus diketahui mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbid,” katanya.

Dalam ucapan penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini, Dr Mohd Hayati berkata, sehingga 15 Mac, jumlah keseluruhan kematian disebabkan COVID-19 di Kedah adalah 2,956 orang atau 1.07 peratus daripada jumlah kes disahkan COVID-19.

Katanya, menerusi data COVIDNOW pada 21 Mac, kadar kematian COVID-19 di Kedah secara keseluruhan adalah 11 kematian bagi setiap 10,000 penduduk, lebih rendah berbanding negeri di Lembah Klang dan beberapa negeri lain.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Zamri Yusuf (PH-Suka Menanti), beliau berkata, sebanyak 201 kes baharu varian membimbangkan (VOC) dilaporkan di negeri ini yang membabitkan varian Beta, Delta dan Omicron sehingga 12 Februari lalu.

Katanya, kes baharu VOC bagi varian Beta yang direkodkan dalam tempoh itu adalah 14 dengan 12 kes dikesan di daerah Kota Setar dan masing-masing satu kes di daerah Kuala Muda dan Kubang Pasu.

Kes baharu varian Delta pula sebanyak 149 melibatkan Baling 15 kes, Kota Setar (24), Kuala Muda (32), Kubang Pasu (16), Kulim (28), Langkawi (16), Pendang (7), Sik (8) dan masing-masing satu kes di Bandar Baharu, Padang Terap serta Yan.

Kes baharu varian Omicron sebanyak 38 iaitu Baling dengan dua kes, Kota Setar (4), Kuala Muda (11), Kubang Pasu (6), Kulim (5), Yan (7) dan masing-masing satu kes di Bandar Baharu, Pendang dan Sik,” katanya.

BHonline-

Tags: Covid-19KedahKes Kematian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd