• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas MB Terengganu Nafi Jual Tanah Kerajaan Kepada Vincent Tan

oleh Mohd Arshad
28/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI : Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan tuduhan beliau menyerahkan tanah milk kerajaan di Pulau Redang kepada jutawan, Tan Sri Vincent Tan.

“Tidak benar tuduhan itu,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Kijal berkenaan sambil menegaskan beliau juga tidak pernah berjumpa dengan jutawan terbabit.

Pada sidang media di Kemaman, Ahmad berkata, sepanjang menjadi Menteri Besar, beliau tidak pernah menyerahkan mana-mana tanah milik kerajaan negeri kepada Tan seperti dakwaan seorang individu di laman sosial Facebook (FB).

“Saya telah membuat carian dengan Pejabat Tanah Daerah dan saya rasa tidak ada pun tanah kerajaan yang kita serahkan kepada jutawan itu, melainkan jika dia membeli tanah di situ dan disenaraikan nama kepada orang perseorangan.

“Saya pun tak tahu tujuan individu itu berbuat demikian (tuduhan). Sama ada atas dasar politik atau sebaliknya, saya tidak tahu. Bagaimanapun saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit dalam tempoh terdekat,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Chukai.

Bekas Menteri Besar berkata, beliau juga sudah berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan saman fitnah terhadap individu yang membuat tuduhan berkenaan.

Terdahulu, Ahmad dalam hantaran di FB beliau pada Khamis lalu, memberi tempoh 14 hari kepada pemilik akaun Facebook berkenaan untuk memohon maaf dan memadam hantaran mengenai dakwaan terbabit yang disifatkannya sebagai fitnah dan tidak benar sama sekali.

“Saya memberi tempoh sehingga 14 hari untuk penama memohon maaf dan seterusnya memadam ‘posting’ berkenaan. Selepas tempoh 14 hari, tamat tindakan undang-undang akan diambil kerana memfitnah.

“Saya meminta kepada pihak berkenaan, usahlah mereka cerita seperti ini dengan membuat tuduhan yang tidak betul semata-mata mahu mencari publisiti memandangkan PRU15 yang semakin hampir. Berpolitiklah secara matang dan rasional tanpa rekaan cerita fitnah yang tidak benar,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Bekas MB Terengganunafitanah kerajaanvincent tan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan. Beliau...

KKM Nafi Remaja Menyamar Doktor Rawat Pesakit

KKM Nafi Remaja Menyamar Doktor Rawat Pesakit

15/08/2024
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan remaja 14 tahun yang menceroboh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd