• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Mentah: Perak, Pulau Pinang Akan Bincang Hari Ini

oleh Mohd Arshad
01/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pinang akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan hal berkenaan pembekalan air mentah dari Sungai Perak seperti yang dicadangkan di bawah Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS), hari ini.

Difahamkan perbincangan secara tertutup antara Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow itu akan diadakan Bangunan Perak Darul Ridzuan dekat sini, jam 3 petang ini.

Tanpa mengulas lebih lanjut, Saarani berkata pertemuan empat mata itu diadakan bagi membolehkan rundingan yang lebih jelas dan terperinci berhubung perkara berkenaan.

“Hari ini, pada petang ini, ada mesyuarat (bersama Ketua Menteri Pulau Pinang). Dia yang hendak berjumpa dan kita tidak tahu lagi apa butirannya. Sebentar nanti jumpa barulah dimaklumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Logo Jelajah Denai Sungai Negeri Perak Sejahtera Tahun 2022 di Bangunan Perak Darul Ridzuan dekat sini, pada Selasa.

Pada Februari lalu, Kon Yeow dilaporkan berkata Pulau Pinang sudah merangka pelan kontingensi air dan kajian telah dilakukan seawal 2009 untuk mendapatkan sumber air yang alternatif menjelang 2025.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, kajian itu telah mengenal pasti Sungai Perak sebagai satu alternatif air mentah dan perkara itu turut disedari oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Projek SPRWTS dicadangkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk memanfaatkan sumber air kedua Pulau Pinang di Sungai Perak bagi memenuhi keperluan permintaan air pada masa hadapan bagi Pulau Pinang dan utara Perak sehingga tahun 2025.

Disember lalu, Saarani berkata pihaknya masih belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai penjualan air di negeri itu kepada Pulau Pinang kerana masih meneliti beberapa perkara berhubung permintaan kerajaan Pulau Pinang untuk membeli air dari negeri ini.

Terdahulu pada Disember tahun lalu, Saarani memberitahu Perak akan memberi keutamaan kepada pengunaan air domestik sebelum membuat sebarang keputusan untuk menjual air mentah kepada negeri lain termasuk Pulau Pinang.

Katanya penggunaan air domestik di Perak juga tidak mencukupi, khususnya di kawasan tertentu seperti di utara Perak yang melibatkan daerah Parit Buntar, Bagan Serai dan Taiping.

Dalam perkembangan lain, Saarani berkata ‘Jelajah Denai’ merupakan inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 Perak sebagai usaha melibatkan semua pihak untuk menjaga dan memelihara denai-denai sungai di seluruh negeri.

Katanya selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) inisiatif berkenaan turut membabitkan kerjasama 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan dan Pembangkang.

“Melalui inisiatif Jelajah Denai juga, aktiviti pengindahan denai-denai sungai akan dipergiatkan sekaligus menyelamatkan kawasan rizab sungai daripada menjadi lokasi penempatan haram.

“Program ini juga telah dirangka secara bersekali dalam sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak dan Hari Sungai Sedunia sebagai penutup Jelajah ini,” ujar Saarani.

-Awani

Tags: bekalan air mentahPerakPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd