• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Boleh Sekat Akaun Disyaki Terlibat Jenayah: Tengku Zafrul

oleh AK-47
03/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank boleh mengenakan sekatan ke atas mana-mana pelanggan atau akaun bank yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun atau aktiviti jenayah.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini kerana perkara itu tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui semasa pembukaan akaun.

Jelasnya, sekiranya transaksi sesebuah akaun menimbulkan kecurigaan, pihak bank boleh mengenakan sekatan sementara ke atas akaun tersebut bagi membolehkan penilaian secara menyeluruh dapat dilaksanakan di samping memastikan wang daripada aktiviti penipuan ataupun aktiviti-aktiviti jenayah lain tidak dikeluarkan daripada akaun tersebut.

“Ini dilaksanakan berdasarkan kepada analisa yang dijalankan oleh pihak bank. Antara bentuk sekatan yang boleh dikenakan oleh pihak bank adalah seperti menyekat kemudahan perbankan internet, kad debit dan mesin juruwang automatik, selain penutupan akaun setelah pihak bank berpuas hati dengan hasil penilaian mereka.

“Setelah melaksanakan langkah-langkah tersebut dan menilai tahap risiko yang sewajarnya, pihak bank boleh, tertakluk kepada perintah sekatan dikeluarkan pihak berkuasa, mengambil keputusan untuk meneruskan transaksi atau urusan perniagaan dengan pemegang akaun tersebut, atau berdasarkan faktor-faktor tertentu, memutuskan untuk tidak meneruskan transaksi atau menutup akaun pelanggan,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang memintanya menyatakan apakah pihak bank berkuasa untuk menutup akaun pengguna secara serta-merta hanya berdasarkan kepada fakta-fakta bahawa ada transaksi yang mencurigakan dalam akaun pelanggan tanpa melakukan siasatan atau inkuiri terhadap pemegang akaun.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, langkah penutupan akaun hanya diambil setelah pelaksanaan penilaian yang menyeluruh telah dilakukan, dan setelah memberi notis dalam tempoh yang munasabah kepada pelanggan.

Secara ringkas katanya, penamatan hubungan antara bank dan pelanggan bukanlah keperluan di bawah undang-undang. Ia adalah panggilan perniagaan oleh pihak perbankan atau institusi kewangan berdasarkan penilaian risiko dalaman mereka.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) mengenai apakah bentuk kerjasama kerajaan dengan agensi penguatkuasaan untuk mengelakkan berlakunya transaksi mencurigakan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berulang, Tengku Zafrul berkata, antara kerjasama dilakukan adalah perkongsian maklumat.

“Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk polis kerana polis agensi penguatkuasaan bertanggungjawab menjalankan siasatan ke atas kes melibatkan aktiviti penipuan seperti yang disebut tadi dan banyak lagi penipuan.

“Kerjasama ini termasuklah perkongsian maklumat mengenai taktik-taktik terkini dan kita melakukan program kesedaran pengguna secara umum dan juga juga kadang-kadang secara bersasar dan perkongsian maklumat risikkan

-Sinar Harian

Tags: akaun bankBankDisyaki Terlibat Jenayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

12/04/2025
3

Tanjong Karang: Pelanggan sebuah bank di pekan Tanjong Karang gempar apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) 'meluncur masuk' ke dalam premis...

Tiga Remaja Ditahan Disyaki Sindiket Dapatkan Akaun Bank Keldai

Tiga Remaja Ditahan Disyaki Sindiket Dapatkan Akaun Bank Keldai

14/09/2024
0

Balik Pulau : Polis menahan tiga individu termasuk seorang remaja perempuan disyaki ahli sindiket penipuan yang menjalankan kegiatan mendapatkan akaun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd