• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kelantan: Penduduk Mula Pulang Bersihkan Rumah

oleh Mohd Arshad
04/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS: Sebahagian mangsa banjir di daerah ini mula pulang ke rumah masing-masing bagi meninjau kerosakan dan memulakan kerja pembersihan, hari ini.

Walaupun sebahagian kampung di Rantau Panjang masih lagi digenangi air, mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) mengambil kesempatan keadaan cuaca yang semakin baik untuk pulang.

Mereka dibantu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan yang datang dari pelbagai lokasi untuk meringankan beban penduduk yang terjejas.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainai Madasin, anggotanya turut terlibat membantu penduduk dalam operasi pascabanjir.

“Hari ini seramai 10 orang anggota bomba, 10 orang ahli NGO dan penduduk setempat membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka di Kampung Gual Mesa di sini,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan, hari ini.

Menurut Zainal lagi, pihaknya memulakan tugas-tugas membantu membersihkan rumah penduduk sejak semalam.

“Selain membantu membersihkan rumah mangsa banjir, kami juga turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan seperti tilam, dapur gas dan lain-lain,” katanya.

Selain rumah penduduk, pihaknya turut membantu membersihkan sebuah masjid di Lubok Jong, Pasir Mas.

Situasi banjir di Kelantan sehingga jam 3 petang merekodkan 3,735 mangsa banjir masih berada di 12 PPS.

Awani-

Tags: Banjir KelantanPasir Mas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Terima 157 Aduan, 441 Orang Tolak Vaksin Di Kelantan

Next Post

AirAsia Malaysia Kenakan Semula Surcaj Bahan Api Mulai 8 Mac

Related Posts

PRU15: [RASMI] Ahmad Fadhli Menang Besar Di Pasir Mas

PRU15: [RASMI] Ahmad Fadhli Menang Besar Di Pasir Mas

19/11/2022
0

PASIR MAS – Calon Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaary menang besar di Parlimen Pasir Mas dengan majoriti 30,717 undi...

Banjir Kelantan: 1,437 Orang Di Lima PPS

06/03/2022
0

Kota Bharu : Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,437 orang daripada 414 keluarga pagi ini berbanding 1,879 orang...

Next Post

AirAsia Malaysia Kenakan Semula Surcaj Bahan Api Mulai 8 Mac

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd