• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bandar Kherson Jatuh Ke Tangan Rusia

oleh Mohd Arshad
03/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIEV – Tentera Rusia akhirnya berjaya menawan bandar utama pertama di Ukraine selepas kempen serangan yang dilancarkan sejak seminggu lalu semakin diperhebatkan tanpa menghiraukan kecaman komuniti antarabangsa.

Pengambilalihan bandar Kherson di Laut Hitam yang berpopulasi 290,000 penduduk itu berlaku ketika rundingan pusingan kedua Moscow-Kiev yang dijangka memfokuskan usaha pelaksanaan gencatan senjata berlangsung di sempadan Poland-Belarus pada Khamis.

Ketua pentadbiran wilayah, Gennady Lakhuta pada lewat Rabu mengesahkan ‘penceroboh Rusia’ kini berada di semua arah di Kherson setelah pengepungan selama tiga hari.

Menurutnya, bandar itu kini berdepan masalah kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan selain bergelut untuk mengumpulkan dan mengebumikan korban serangan tersebut.

Sementara itu, Datuk Bandar, Igor Kolykhayev dikatakan telah berunding dengan ‘tetamu bersenjata’ tersebut dan bersetuju dengan pelaksanaan perintah berkurung pada waktu malam serta sekatan terhadap kenderaan yang keluar dan masuk ke Kherson.

“Setakat ini, tiada kejadian tidak diingini berlaku. Bendera kebangsaan Ukraine juga masih megah berkibar,” ujarnya.

Ketika ini, tentera Rusia dikatakan semakin mara dan mengepung bandar pelabuhan Mariupol yang lebih besar dan strategik.

Datuk Bandar Vadym Boychenko mendakwa kempen pengeboman berlarutan selama beberapa jam sehingga menyebabkan orang awam terperangkap tanpa bekalan kuasa elektrik, air bersih dan sistem pemanasan tidak dapat berfungsi.

Di Kharkiv, kira-kira tiga sekolah, katedral dan deretan kedai dilaporkan menjadi sasaran bedilan setelah Moscow cuba menguasai bandar tersebut.

SinarHarian-

Tags: Rusiatentera RusiaUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd