• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Audit: 15,293 Ekspatriat Tiada Fail Cukai

oleh Mohd Arshad
22/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pengambilan ekspatriat telah menyumbang kepada keberhasilan penjanaan pendapatan negara, namun terdapat beberapa kelemahan dalam hal itu, antaranya pengurusan kutipan cukai ekspatriat sejak 2017 hingga 2020 yang kurang memuaskan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2020 Siri 1 yang dikeluarkan hari ini 15,293 ekspatriat tidak mempunyai fail cukai walaupun pas penggajian telah dikeluarkan dan mempunyai tunggakan hasil berjumlah RM65.90 juta yang melibatkan 7,174 ekspatriat.

“Terdapat juga ekspatriat yang mempunyai tunggakan cukai bagi tempoh lama iaitu melebihi sembilan tahun yang merupakan ketirisan hasil kepada kerajaan,” menurut laporan itu.

Justeru Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) diminta mempertingkatkan kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi pelulus lain termasuk majikan bagi memantapkan pengurusan kutipan cukai ekspatriat.

Ekspatriat adalah warganegara asing yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk mengisi jawatan utama, eksekutif atau jawatan bukan eksekutif dalam syarikat atau organisasi milik tempatan dan asing di Malaysia dengan menggunakan Pas Penggajian, Pas Lawatan Ikhtisas-Pakar dan Pas Pemastautin Bakat.

Menurut laporan itu lagi, ketidakpatuhan terhadap keperluan pendaftaran syarikat atau organisasi dalam Sistem Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat (ESD) menyebabkan pemusatan maklumat dalam satu sistem induk belum dapat dicapai dan ia menyukarkan JIM menjalankan pemantauan.

Laporan itu juga mendedahkan 7,987 pas penggajian yang dikeluarkan sepanjang 2017 hingga 2019 adalah menggunakan rujukan kelulusan Jawatankuasa Pegawai Dagang (JKPD) walaupun terdapat arahan memansuhkan JKPD dan menggantikannya dengan Jawatankuasa Ekspatriat.

Selain itu 4,363 pas penggajian (kategori III) bagi sektor pembinaan, pembuatan dan perlombongan telah diluluskan tanpa dokumen mengesahkan bahawa ekspatriat telah menjalani pemeriksaan kesihatan.

Laporan itu merumuskan keperluan sebenar negara bagi penggajian ekspatriat tidak dapat ditentukan kerana kerajaan tidak menetapkan unjuran keperluan tenaga kerja asing berkemahiran tinggi.

Bagi mengatasi semua kelemahan itu, laporan berkenaan mengesyorkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan TalentCorp menjalankan kajian menyeluruh bagi menilai keberkesanan pengambilan ekspatriat.

Selain itu, KDN, Imigresen dan TalentCorp diminta memastikan pendaftaran syarikat secara berpusat dan pengintegrasian sistem agensi pelulus dengan Sistem ESD disegerakan supaya pangkalan data komprehensif dapat diwujudkan bagi memudahkan JIM melaksanakan pemantauan secara berkesan.

Laporan itu juga mengesyorkan Jawatankuasa Kerja Bersama-Ekspatriat untuk memantapkan tadbir urus dan pemantauan terhadap pelaksanaan dasar berkaitan pengambilan ekspatriat, sementara KDN mengkaji semula syarat pemeriksaan kesihatan terhadap ekspatriat bagi mengawal risiko penularan penyakit berjangkit.

-Berita Harian

Tags: AuditekspatriatFail CukaiLHDN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN Melaka, Johor Babit Kos RM141 Juta

Next Post

MBK Sedia 30 Lokasi Pasar Ramadan, Bazar Aidilfitri

Related Posts

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

20/11/2024
0

PANTAS masa berlalu. Pejam celik, pejam celik tidak lama lagi kita bakal meninggalkan tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Bayar Cukai Pendapatan Elemen Cintakan Negara

Bayar Cukai Pendapatan Elemen Cintakan Negara

16/10/2024
0

Sesebuah negara tidak akan berhadapan dengan isu pematuhan percukaian jika setiap warganegaranya memiliki kesedaran yang tinggi tentang tanggungjawab membayar cukai....

Next Post

MBK Sedia 30 Lokasi Pasar Ramadan, Bazar Aidilfitri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd