Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Gadis Dibogel ‘Malam Merdeka’...

Baru-baru ini tersebar gambar seorang perempuan bertudung terbaring di katil melakukan maksiat pada...

Shahidan Dicabar Jawatan Ketua...

ARAU - Setelah lebih 20 tahun kedudukan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai ketua...

Netizen Kagum Ketabahan Zarina...

PEMINAT mengetahui pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar lelaki, Azal dan Azil...

Lelaki Ditipu Sindiket Pinjaman...

KEPALA BATAS - Seorang lelaki bukan sahaja kerugian RM2,680 kerana ditipu sindiket yang...

AS Lanjut Pemakaian Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan melanjutkan syarat bagi pengembara memakai pelitup muka di dalam kapal terbang, kereta api dan hab transit sehingga 18 April.

Rumah Putih mengesahkan perkara itu apabila menyemak langkah keperluan pelitup muka yang sepatutnya tamat pada 18 Mac ini tetapi terpaksa dilanjutkan kerana ancaman coronavirus masih serius.

Pada peringkat global, pertambahan 1.88 juta kes positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes positif di seluruh dunia melebihi 453 juta kes setakat ini.

Data terbaru Johns Hopkins University menunjukkan AS kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 81 juta kes jangkitan termasuk 991,260 kematian.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 43 juta serta 29 juta kes jangkitan.

Negara melepasi 23 juta jangkitan ialah Perancis manakala United Kingdom (UK) pula mencatat lebih 19 juta, Russia (lebih 17 juta) dan Jerman (lebih 16 juta), Turki (lebih 14 juta), Itali (lebih 13 juta) serta Sepanyol mencatat lebih 11 juta jangkitan.

Britain semalam menggariskan terma rujukan siasatan terhadap pandemik COVID-19 melihat kepada kesiapsiagaan negara serta tindak balas kesihatan dan ekonomi awam terhadap coronavirus.

Britain merekodkan 19.4 juta jangkitan COVID-19 dan 162,000 kematian iaitu jumlah kematian ketujuh tertinggi di dunia.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.8 juta, diikuti Malaysia 3.7 juta kes, Filipina 3.6 juta kes, Thailand dengan tiga juta kes dan Singapura melebihi 900,000 kes.


Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 7,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.02 juta kes.

AS merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 991,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 654,000 kes, India lebih 515,000 kes dan Russia lebih 358,000 kes sementara Mexico kini mencatat lebih 320,000 kematian.

UK dan Itali mencatat lebih 150,000 kematian manakala Perancis, Jerman serta Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 151,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 57,000 diikuti Malaysia dengan 33,000 kes manakala Thailand mencatat lebih 23,000 angka korban.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori