• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Perak Tak Cukup Untuk Bekal Ke Pulau Pinang – Saarani

oleh Mohd Arshad
29/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan keputusan Perak tidak membekalkan air ke Pulau Pinang dibuat kerana negeri ini akan menanggung derita lebih besar jika tidak mempunyai bekalan mencukupi sumber berkenaan.

Katanya, Perak perlu membuat persiapan mempertahankan negeri sendiri dahulu dan jika permohonan Pulau Pinang itu dipenuhi, maka sukar untuk kerajaan negeri menarik balik keputusan berkenaan.

“Memang ada kajian yang juga dibuat oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan kita juga membaca kajian berkenaan. Saya ingin memaklumkan sekali lagi, pengalaman kita melihat derita Pulau Pinang apabila air tidak mencukupi itu menyebabkan Perak lebih bersikap untuk membuat persiapan mempertahankan kita (negeri) dahulu.

“Kalau terlepas air ke tempat lain, kita nak minta balik tak boleh,” katanya menjawab soalan tambahan Howard Lee Chuan How (PH-Pasir Pinji) dan Dr Abdul Aziz Bari (PH-Tebing Tinggi) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Pada 3 Mac lalu, Saarani mengumumkan, Perak tidak dapat memenuhi hasrat Pulau Pinang untuk membeli air mentah dari negeri ini disebabkan bekalan air untuk kegunaan domestik tidak sepenuhnya mencukupi untuk sektor pertanian, industri dan kegunaan penduduk.

Katanya lagi, kajian saintifik oleh Lembaga Air Perak (LAP), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mendapati penyaluran air mentah ke negeri lain akan memberi kesan kepada sektor pertanian, industri dan penjanaan tenaga elektrik.

Keputusan Perak itu dimaklumkan Saarani dalam pertemuan beliau dengan delegasi Pulau Pinang yang diketuai Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berikutan negeri jiran itu dijangka menghadapi masalah bekalan air menjelang 2025 dan mahu membeli air mentah dari Perak.

Menteri Besar berkata, berdasarkan maklumat daripada LAP, 50 peratus daripada sumber bekalan air terawat bagi penduduk di negeri adalah dari Sungai Perak dan anak-anak Sungai Perak melalui Loji Rawatan Air (LRA) LAP yang terletak di sepanjang sungai berkenaan.

Katanya, Jelapang Padi negeri yang terletak di daerah Kerian di mana sumber air utamanya adalah dari Empangan Bukit Merah, namun kerap kali berlaku penyusutan ketara terutama pada musim kemarau.

“Oleh yang demikian, JPS mengesyorkan kerajaan negeri memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bagi tujuan pengairan sawah di kawasan itu. Sebab itu kita membuat keputusan, lebih baik jaga kepentingan kita dulu kerana derita tak cukup air ini cukup besar.

“Seperti yang saya maklumkan, kita sudah buat unjuran bahawa air ini mencukupi untuk kegunaan kita sahaja dan kita tidak dapat membekalkannya kepada orang lain,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Air PerakPerakPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd