• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Lot Kedai Di Pasar Yong Peng Terbakar

oleh Mohd Arshad
31/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Sebanyak 15 lot kedai di Pasar Yong Peng Sdn Bhd, Jalan Meng Seng di sini musnah dalam satu kebakaran pada awal pagi Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.29 pagi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan 15 lot kedai yang musnah sehingga 95 peratus.

“Seramai tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian. Kebakaran melibatkan 15 lot kedai penjaja kecil berkeluasan 15×51 meter dalam bangunan pasar basah struktur separuh kekal yang berkeluasan keseluruhan 22×51 meter.

“Kebakaran memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan bangunan. Kebakaran turut melibatkan sebuah motosikal Suzuki RG, memusnahkan 95 peratus kenderaan.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dijalankan di tempat kejadian. Operasi tamat pada jam 9.05 pagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, insiden tersebut turut menarik perhatian Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Wee Ka Siong yang turut memuat naik beberapa foto kejadian berkenaan dalam Facebook miliknya.

“Kebakaran berlaku di Pasar Awam Jalan Templer, Yong Peng kira-kira pukul 2.30 pagi tadi. Saya kini berada di Desaru untuk menghadiri Majlis Perasmian Terminal Feri Desaru di Desaru Coast Ferry Terminal yang akan disempurnakan oleh DYMM Tuanku Sultan Johor pada pagi ini.

“Seawal jam 6 pagi, saya menghubungi YB Ling Tian Soon, Exco Kerajaan Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng yang berada di tempat kejadian,” tulisnya dalam entri berkenaan.

Katanya, laporan awal mendapati 70 peratus daripada bangunan pasar musnah dan seramai 17 pemilik gerai terjejas.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan berlaku.

Tian Soon (tengah) berbincang dengan anggota bomba dan pemilik kedai selepas 15 lot kedai terbakar di Pasar Yong Peng Sdn Bhd, Jalan Meng Seng, Yong Peng, Batu Pahat, pada awal pagi Khamis.
“Selaku Ahli Parlimen Ayer Hitam, saya telah memaklumkan kepada YB Ling Tian Soon untuk memberikan bantuan segera RM1,000 daripada saya kepada setiap pemilik gerai di samping menunggu laporan lengkap dari pihak bomba dan polis.

“Kami berdua akan melakukan yang terbaik untuk membantu semua mangsa kebakaran. Saya bersama-sama dengan ADUN Yong Peng akan berbincang dengan pihak Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) serta mencari kaedah terbaik untuk membina semula pasar yang terbakar,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Lot KedaiPasar Yong PengTerbakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Indonesia Percepat Vaksinasi Sebelum Balik Raya

Next Post

Syed Saddiq Usah ‘Menangguk Di Air keruh’ Isu Komputer

Related Posts

Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Cubaan Bunuh Polis, Pandu Berbahaya

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

15/04/2024
0

KUCHING: Kediaman Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala di Kampung Pa' Umor,...

Mydin Di Manjoi Terbakar, Ditutup Sementara Bermula Hari Ini

Mydin Di Manjoi Terbakar, Ditutup Sementara Bermula Hari Ini

11/03/2024
0

Pasar raya besar Mydin di Manjoi yang terbakar semalam ditutup sementara bermula hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak,...

Next Post

Syed Saddiq Usah 'Menangguk Di Air keruh' Isu Komputer

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd