• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Rumah Terjejas Dalam Ribut Di Pendang

oleh Mohd Arshad
20/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pendang : Kira-kira 11 rumah di dua kampung di daerah ini rosak selepas sebahagian bumbung rumah diterbangkan angin dalam kejadian ribut petang semalam.

Dalam kejadian pada 6.30 petang itu, lima bumbung rumah di Felda Sungai Tiang diterbangkan angin, manakala enam rumah lagi yang terjejas adalah di Kampung Titi Akar.

Turut terjejas dalam kejadian itu, rumah seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pendang, Nur Izzati Zahirun, 33, apabila sebahagian bumbung termasuk sebuah bilik tidur di rumahnya di Felda Sungai Tiang diterbangkan angin.

Menurutnya, ketika kejadian dia keluar ke Pekan Pendang kerana mempunyai urusan sebelum ibunya, Mariah Harun, 58, menghubunginya dan memaklumkan rumah mereka dilanda ribut.

“Saya sepatutnya bertugas syif malam dan tak sedap hati bila nampak cuaca ketika itu gelap dan hendak hujan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Nur Izzati, mereka sekeluarga masih bermalam di rumah itu dan berlindung di bahagian ruang tamu rumah yang tidak terjejas.

Katanya, kawasan rumah itu jarang dilanda ribut namun bersyukur kerana tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Ketika kejadian, ada enam ahli keluarga saya di rumah berkenaan namun kesemuanya selamat kerana sempat berlindung di dapur dan ruang tamu yang tidak terjejas,” katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Pendang Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, anggota APM bertindak membersihkan kawasan itu dengan memotong dahan pokok yang tumbang dan menghalang laluan jalan.

-Harian Metro

Tags: Pendangribut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd