• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warisan Bakal Bertanding Di Dun Bukit Batu

oleh Mohd Arshad
24/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kulai : Parti Warisan (Warisan) berkemungkinan meletakkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan 12 Mac depan.

Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, calon Warisan yang bertanding bagi Dun itu adalah anak muda dalam kalangan penduduk tempatan dan namanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Kalau tiada halangan kita bertanding di (DUN) Bukit Batu. Yang bertanding ini bukan orang Sabah, kita akan tentukan yang bertanding (di DUN Bukit Batu) adalah orang muda dan anak tempatan,” katanya pada Majlis Jamuan Makan Malam Tahun Baharu Cina, semalam.

Sebelum ini, Warisan mengumumkan untuk meletakkan calon bagi kerusi Dun Permas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, kerusi DUN Bukit Batu dimenangi calon PKR Jimmy Puah Wee Tse selepas memperolehi 17,105 undi menewaskan Teo Lee Ho dari Barisan Nasional (BN) dan Juwahir Amin daripada Pas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac sebagai tarikh bagi pengundian PRN Johor dan Sabtu ini (26 Februari) ditetapkan untuk tarikh penamaan calon manakala pengundian awal pada 8 Mac.

-Harian Metro

Tags: DUN Bukit BatuPRN Johorwarisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

06/03/2023
0

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah menerima kemasukan tujuh Ahli...

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd