• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Disyaki Mangsa Bunuh Suami Sendiri Ada 34 Kesan Tikaman

oleh Mohd Arshad
05/02/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Wanita yang disyaki dibunuh suaminya di sebuah apartmen di Paya Terubong di sini, kelmarin, mempunyai 34 kesan tikaman pada badan.

Ia berdasarkan laporan bedah siasat dijalankan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang terhadap mangsa berusia 46 tahun itu, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan, mengesahkan perkara itu kepada media menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

“Terdapat sebanyak 34 tikaman pada badan mangsa,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki dipercayai menikam isterinya dengan sebilah pisau sehingga mati sebelum terjun dari rumah mereka di tingkat 12.

Dalam kejadian jam 7.38 pagi, lelaki berusia 54 tahun berkenaan kemudian ditemukan orang awam dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah berhampiran parkir.

Pemeriksaan di dalam rumah mereka kemudian menemui mayat seorang wanita terbaring di atas katil dalam keadaan sudah tidak bernyawa selain sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Kejadian disyaki berpunca daripada perselisihan faham dan pergaduhan suami isteri berkenaan.

BHonline-

Tags: mangsa bunuhsuamitikaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd