• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Calon Lompat Parti Tanding PRN Johor: Anwar

oleh AK-47
05/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengundi perlu menolak calon lompat parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengundi perlu memilih calon yang berprinsip dan setia kepada parti untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, wakil rakyat yang melompat parti dianggap sebagai pengkhianat parti dan pengundi perlu teliti serta berhati-hati supaya tidak tersalah pilih.

“Masa berkempen orang bekerja (jentera) setengah mati dan tiada bayaran, tetapi apabila menang, dia senang, dia khianat…jangan maafkan orang begini.

“Khianat kepada parti ini boleh sampai menyebabkan jatuh kerajaan. Sebab itu kita harus teliti betul-betul orang yang kita rasa yakin, setia dengan perjuangan parti dan berprinsip.

“Ini maruah dan integriti serta ‘ethical values’ kita tidak boleh ketepikan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran PRN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram di Ulu Tiram di sini pada Sabtu.

Turut hadir Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, persiapan jentera serta ejen mengundi dan ejen pengiraan undi (PACA) PKR dilihat berada dalam permulaan yang baik.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, jentera di kawasan yang mempunyai pengundi ramai seperti DUN Tiram perlu melakukan gerak kerja lebih awal untuk mendekati pengundi.

Jelasnya, jentera tidak perlu menunggu sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh-tarikh penting PRN Johor selepas mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari ini.

“Gerak kerja perlu dimulakan dari sekarang dan tumpuan penuh perlu diberikan walaupun calon-calon belum diumumkan.

“Tidak kira pasal calon, kita bercakap sekarang ini soal jentera-jentera untuk persiapan PRN, tetapi kita ada beberapa hari lagi (sebelum SPR umum tarikh mengundi dan gerak kerja) itu perlu jalan seolah-olah pilihan raya dalam dua atau tiga hari lagi,” katanya.

SinarHarian-

Tags: Anwar Ibrahimcalon lompat partiPHPKRPRN Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Faktor Muda Lebih Penting Daripada Syed Saddiq

Next Post

Rayan Ditemui Tidak Bernyawa

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

03/06/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri,...

Next Post

Rayan Ditemui Tidak Bernyawa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd