KLUANG : Lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 33.5 Jalan Kluang-Batu Pahat dekat Ayer Hitam, 3.40 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa Hammidon Abd Wahab, 58, meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Mangsa memandu Perodua Bezza ditemani isterinya, 59, terbabit kemalangan dengan kereta Mazda dipandu lelaki 26 tahun.
“Siasatan mendapati mangsa dari arah Kluang menghala ke arah Batu Pahat telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Mazda berkenaan.
“Mangsa lain yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk dapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
-Berita Harian

