• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasar Sediakan 600,000 Peluang Kerja Tahun Ini

oleh AK-47
19/02/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan menyasarkan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan menerusi inisiatif berkenaan pada tahun ini.

Beliau berkata untuk menjayakan matlamat itu, kerajaan memperuntukkan RM4.8 bilion memandangkan penciptaan peluang pekerjaan adalah teras utama di bawah Bajet 2022.

“Kerajaan turut komited membantu komuniti usahawan yang menggaji dan mencipta peluang pekerjaan, supaya dapat terus berkembang dan membina semula perniagaan melalui inisiatif Semarak Niaga bernilai RM40 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia dan Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Perdana Menteri juga meminta majikan termasuk agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta untuk memanfaatkan peluang dan insentif disediakan di bawah inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia.

Katanya inisiatif itu akan memberi manfaat yang besar kepada majikan dan pencari pekerjaan.

“Bagi Keluarga Malaysia yang masih menganggur dan sedang mencari punca pendapatan baharu, pastikan anda mendapatkan khidmat padanan pekerja yang ditawarkan oleh portal MYFutureJobs,” katanya.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyampaikan Anugerah Majikan Prihatin Pemangkin Pasaran Kerja kepada syarikat yang berjaya menawarkan peluang pekerjaan sepanjang tempoh pandemik COVID-19, selain menyerahkan surat tawaran kerja kepada pekerja yang dapat kembali bekerja menerusi inisiatif berkenaan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia merangkumi tiga program utama iaitu Insentif Penggajian yang akan dilaksanakan oleh PERKESO dengan sasaran sebanyak 300,000 peluang pekerjaan.

“Seterusnya, Inisiatif Latihan dan Penempatan Jangka Pendek atau Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP) yang menawarkan 80,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam, GLC dan rakan-rakan strategik serta JaminKerja.

“(Serta) Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran (Upskill Malaysia) yang dilaksanakan HRD Corp dengan menyediakan latihan kemahiran untuk pencari kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dan menjamin penempatan pekerjaan dengan sasaran 220,000 orang pelatih,” katanya.

Beliau berkata, bagi Insentif Penggajian, ia memberi tumpuan kepada usaha merangsang majikan membuat pengambilan pekerja, terutamanya dalam kalangan individu tidak aktif bekerja seperti golongan penganggur, golongan rentan seperti orang kelainan upaya (OKU), bekas banduan, warga emas dan golongan wanita menganggur bagi tempoh berpanjangan, untuk memastikan tiada golongan dipinggirkan.

“Selepas majikan diberikan insentif bagi pengambilan pekerja, pencari kerja boleh menggunakan Portal MYFutureJobs untuk mendapatkan padanan pekerjaan dan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

“Insentif turut diberikan kepada majikan yang mengambil tenaga kerja tempatan bagi mengisikan jawatan yang kebiasaannya dilakukan pekerja asing ataupun pegawai dagang. Majikan layak akan menerima bantuan kewangan antara 20 hingga 40 peratus daripada gaji kasar maksimum pekerja iaitu sebanyak RM10,000 bagi tempoh 12 bulan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, program MYSTEP pula menyasarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak yang merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan selebihnya dalam GLC untuk tahun ini.

“Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.7 bilion, program MySTEP akan diterajui oleh LAKSANA di bawah Kementerian Kewangan yang akan melaksanakan kolaborasi strategik bersama agensi-agensi kerajaan lain,” katanya.

Sementara itu katanya, Bajet 2022 turut memperuntukkan sebanyak RM1.1 bilion dengan sasaran 220,000 pelatih akan melalui pelbagai program latihan semula dan peningkatan kemahiran termasuk program ‘place and train’ iaitu latihan dengan jaminan pekerjaan, serta program peningkatan kemahiran dengan keutamaan dalam bidang digital yang akan dilaksanakan oleh badan-badan termasuk HRD Corp dan Global Online Workforce (atau GLOW) di bawah MDEC,” katanya.

-Berita Harian

Tags: peluang pekerjaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN Johor: Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong Bakal Ke DUN Perling

Next Post

Indonesia Berhasrat Jadi Tuan Rumah Perlumbaan F1

Related Posts

KSTP Bakal Wujud 23,000 Peluang Pekerjaan

KSTP Bakal Wujud 23,000 Peluang Pekerjaan

26/06/2022
0

ALOR SETAR - Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membangunkan fasa dua Kedah Science...

Sasaran Wujud 500,000 Peluang Pekerjaan Berjaya Dicapai

12/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Sasaran kerajaan untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan sepanjang tahun ini berjaya dicapai, selepas 500,257 pencari kerja sudah...

Next Post

Indonesia Berhasrat Jadi Tuan Rumah Perlumbaan F1

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd