• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribut Petir Di Utara Selat Melaka Bahayakan Pemancing, Bot Kecil

oleh AK-47
27/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Keadaan ribut petir yang melanda di utara perairan Selat Melaka pada Ahad dan Isnin boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan pemancing dan pemilik bot-bot kecil yang berada di laut.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz berkata, antara negeri yang dijangka berlaku ribut petir pada Ahad ialah Pulau Pinang, Kedah dan Perlis manakala Isnin pula hanya melibatkan Kedah dan Perlis.

“Pemancing dan pemilik bot-bot kecil dinasihatkan supaya tidak turun ke laut pada hari ini dan esok kerana keadaan cuaca yang tidak menentu tetapi, sekiranya mereka sudah berada di laut carilah tempat untuk berlindung dari ribut petir dan angin kencang.

“Kita tidak mahu kejadian bot karam di Langkawi semalam berulang lagi kerana ini akan melibatkan keselamatan dan nyawa yang banyak,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian bot karam yang berlaku di Langkawi pada Sabtu.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil menasihati pemancing atau pemilik bot-bot kecil yang hendak turun ke laut supaya perlu lebih peka dengan keadaan cuaca semasa selain mematuhi arahan daripada pihak berkuasa.

“Mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai keadaan cuaca di http://www.met.gov.my/forecast/marine/fishery/Co009. Kalau boleh tunggu keadaan cuaca lebih baik sebelum turun ke laut bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Perubahan cuaca ini juga adalah disebabkan oleh luruan monsun dari Laut China Selatan yang memasuki Semenanjung Malaysia selain terdapat palung yang aktif mengunjur dari Barat Pasifik (Perairan Papua-Kepulauan Maluku-Laut Celebes),” katanya.

Pada Sabtu, kesemua empat kru dan 14 pemancing warga tempatan yang berumur antara 26 hingga 55 tahun itu berjaya diselamatkan bot nelayan tempatan pada pukul 7.30 malam setelah bot yang dinaiki mereka karam pada pukul 2.15 petang di kedudukan 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah dekat Langkawi.

Dua daripada mangsa yang mengalami kecederaan di tangan dan kaki telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk mendapatkan rawatan sebaik tiba di Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut pada jam 11.45 malam. – Bernama

SinarHarian-

Tags: PemancingRibut PetirSelat Melaka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bomba Kelantan Minta Bantuan JBPM Negeri lain

Next Post

Malaysia Masih Tunggu Keputusan Arab Saudi Berhubung Kuota Haji

Related Posts

Pemancing Dakwa Dirompak 4 Lelaki Berpakaian Celoreng Tentera

Pemancing Dakwa Dirompak 4 Lelaki Berpakaian Celoreng Tentera

22/12/2024
0

Semporna : Tiga pemancing berdepan detik cemas apabila dirompak empat lelaki berpakaian celoreng tentera di kawasan perairan antara Pulau Boheyan...

Ribut Petir Diramal Landa 10 Negeri, KL Petang Ini

Ribut Petir Diramal Landa 10 Negeri, KL Petang Ini

15/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Ribut petir diramal berlaku di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang ini....

Next Post

Malaysia Masih Tunggu Keputusan Arab Saudi Berhubung Kuota Haji

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd