• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putra Tanding 6 Kerusi, PBM Lebih Realistik Tapi Berjasa Tak Mahu Sertai

oleh AK-47
05/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sahaja bakal menyaksikan penyertaan gabungan politik utama tanah air seperti Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya turut melibatkan parti-parti politik lain.

Terkini, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tidak menolak kemungkinan untuk menampilkan enam calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN Johor tidak lama lagi.

Pengerusi Putra Johor, Prof. Datuk Dr. Kamarul Zaman Mohd. Jidin berkata, parti itu bagaimanapun akan memuktamadkan keputusan untuk terlibat dalam PRN Johor pada Sabtu ini.

“Setakat ini, kebarangkalian tinggi Putra bertanding di enam kerusi DUN Johor termasuk satu dalam kawasan Parlimen Sri Gading. Kerusi DUN yang kami tandingi adalah kawasanmajoriti kaum Melayu yang dimenangi PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya ketika dihubungi..

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Putra sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik lain dalam PRN Johor kecuali DAP dan mereka akan menghantar surat kepada pihak berkenaan untuk membincangkan kemungkinan jalinan kerjasama secara rasmi.

Sementara itu, Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengambil pendekatan lebih realistik bagi menentukan jumlah kerusi dalam penampilan sulung PRNJohor.

Timbalan Presidennya, Haniza Mohamed Talha berkata, parti itu juga akan mempertaruh calon berpotensi dan mampu berkhidmat untuk rakyat di kawasan yang kini sedang dikenal pasti.

Katanya, parti itu sedang berusaha mengumpul statistik dan maklum balas daripada lapangan sebelum dapat membuat keputusan berhubung calon serta jumlah kerusi.

“Insya-Allah kita agkat mereka yang berpotensi sebagai calon. Kita kemukakan muka-muka baharu. Yang pasti jumlah lebih realistik dan kita akan tengok kawasan mana yang kita boleh menang serta dapat berkhidmat kepada rakyat nanti,” katanya.

Beliau berkata, parti itu dalam masa yang sama dijangka membentuk gabungan dengan parti lain bagi menghadapi PRN Johor.

Dalam pada itu, Pengerusi Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Johor, Mohd. Izzul Hafizuddin Mohd. Solehuddin memaklumkan pihaknya tidak akan terlibat dengan PRN Johor.

“Kami tidak mahu terlibat dalam satu kluster yang mungkin dipertanggungjawab ekoran peningkatan kes Covid-19 disebabkan pelaksanaan PRN Johor ini. Sebaliknya kami sedang melakukan gerak kerja sebagai persediaan untuk menghadapi PRU akan datang,” katanya.

-Utusan Online

Tags: PBMPRN JohorPutra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

PBM Ajak Parti Kecil Prokerajaan Bentuk Blok Tersendiri

PBM Ajak Parti Kecil Prokerajaan Bentuk Blok Tersendiri

10/02/2023
0

Parti Bangsa Malaysia (PBM) mencadangkan parti-parti kecil dan penyokong kerajaan perpaduan wajar duduk bersama untuk membincangkan kemungkinan menjalin hubungan lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd