• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Pejuang Umum Calon Dua Hari Sebelum Penamaan

oleh AK-47
11/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Senarai calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diumumkan sepenuhnya pada 24 Februari ini.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, parti tidak mahu mendedahkan terlalu awal nama-nama calon yang bakal bertanding.

“Kita akan umum dua hari sebelum penamaan calon, akan ada majlis pengenalan calon dan kita akan dapat lihat nisbah lelaki, wanita, orang lama atau muda.

“Yang pastinya, calon yang akan diperkenalkan nanti mestilah calon bersih, cekap dan amanah, Mereka ini juga akan menjalani ujian psikometrik bagi menunjukkan kesungguhan untuk menampilkan calon terbaik dan berintegriti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera bagi Menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor di Taman Universiti di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Mukhriz turut mengesahkan parti mempunyai keyakinan dan akan bertanding bagi 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Mengenai keyakinan parti berkenaan untuk berjuang solo, bekas Menteri Besar Kedah itu menjelaskan bahawa Pejuang perlu melangkah dengan yakin walaupun parti baharu itu sedikit terkebelakang.

“Dalam waktu yang sama, ada sejumlah pengundi yang masih di atas pagar, jadi kalau kita berjaya untuk meyakinkan mereka, saya rasa ada peluang,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan Pejuang tidak akan meletakan calon mereka di bawah lambang Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor serta tidak akan menubuhkan sebarang gabungan.

-Sinar Harian

Tags: CalonpejuangPRN Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

India Dakwa Bangunkan Vaksin Sejagat

Next Post

Koala Mungkin Akan Pupus Di Australia

Related Posts

PRK Mahkota: ‘Harap Calon BN Terus Bela Nasib Rakyat’

PRK Mahkota: ‘Harap Calon BN Terus Bela Nasib Rakyat’

08/09/2024
0

KLUANG: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mengharapkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) terpilih sebagai wakil rakyat pada...

Ahli UMNO Diingatkan Tak Gaduh Pilih Calon Pilihan Raya

Ahli UMNO Diingatkan Tak Gaduh Pilih Calon Pilihan Raya

06/07/2024
0

Ahli akar umbi UMNO diingatkan agar tidak bertelagah memilih calon untuk bertanding pada setiap pilihan raya terutamanya pilihan raya umum,...

Next Post

Koala Mungkin Akan Pupus Di Australia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd