• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Percaturan Politik Azmin Mula Tunjuk Kepincangan – Halimey

oleh Mohd Arshad
01/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Hasil ‘air tangan’ bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini mencatur politik pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seperti ‘Langkah Sheraton’ dan peralihan kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) didakwa mula menunjukkan kepincangan.

Tindakan Mohamed Azmin yang kini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu boleh dilihat menerusi pertembungan antara Perikatan Nasional (PN) dengan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, bakal memberi refleksi kepada gabungan mereka dalam Kerajaan Persekutuan.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Halimey Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, ketegangan antara BN dan PN sebenarnya makin memuncak dengan tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu Johor yang keluar parti selepas hilang kepercayaan terhadap Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tindakan kebudak-budakan dengan mengugut untuk menarik sokongan seandainya kehendak tidak dipenuhi seperti yang biasa dilakukan Mohamed Azmin sekian lama sebelum mengkhianati PKR bakal menjejaskan kestabilan kerajaan dibentuk andai kepercayaan diberi kepada calon BN dan PN pada PRN Johor,” katanya.

Oleh demikian beliau menyelar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu yang sebelum ini mendakwa Presiden PKR merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula hilang keyakinan terhadap gabungan pembangkang.

Justeru, Halimey menasihatkan Mohamed Azmin supaya muhasabah diri dengan menilai kebersamaan antara BN yang diterajui UMNO dengan PN diketuai Bersatu dan Pas.

“Pertembungan sesama sendiri yang tidak dapat dielakkan ketika PRN Melaka sudah cukup menunjukkan betapa huru-haranya gabungan yang bersama membentuk Kerajaan Keluarga Malaysia ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kenyataan bekas Adun Bersatu Johor bahawa keputusan meninggalkan parti diambil selepas parti yang disokong selama ini hilang hala tuju dan gagal meneruskan agenda penubuhannya juga menunjukkan Bersatu telah sampai ajal untuk dikuburkan rakyat.

“Secara terang-terangan mereka juga menggesa rakyat Johor menolak Bersatu dan reaksi Mohamed Azmin yang menyifatkan tindakan dua ADUN itu keluar parti bukan perkara luar biasa khususnya menjelang pilihan raya menunjukkan beliau terbiasa dengan amalan mengkhianati amanah rakyat selepas Langkah Sheraton,” jelasnya.

Oleh demikian, beliau berpesan kepada Ahli Parlimen Gombak itu supaya berhenti daripada berkelakuan seperti gila talak dan berhenti menjaga ‘tepi kain orang’.

Dalam pada itu, Halimey turut menjelaskan keputusan PKR untuk menggunakan logo sendiri dalam PRN Johor sudah pun dibincangkan secara teliti dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PH.

“Tiada apa yang perlu diragui tentang kebersamaan parti gabungan PH terutamanya isu pertindihan kerusi. Apa yang penting ketika ini adalah meneruskan gerak kerja menyantuni rakyat demi memastikan agenda pencerahan diteruskan,” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: AzminKepincanganPercaturan Politik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bali Dibuka Semula Kepada Pelancong Asing

Next Post

Huawei Bawa Sweden Ke Mahkamah

Related Posts

PRU15: [TIDAK RASMI] Amirudin Dahului Parlimen Gombak, Diikuti Azmin

PRU15: [TIDAK RASMI] Amirudin Dahului Parlimen Gombak, Diikuti Azmin

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari...

KJ Anggap Rafizi Paling Berbakat, Azmin Utus Tahniah Buat Amirudin

30/05/2022
0

Kejayaan Rafizi Ramli memenangi jawatan timbalan presiden PKR bukan saja dialu-alukan oleh penyokongnya, malah pemimpin seteru politik parti berkenaan. Ikuti...

Next Post

Huawei Bawa Sweden Ke Mahkamah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd