• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penternak Ayam, Telur Jamin Bekalan Cukup

oleh AK-47
12/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Bekalan ayam dan telur dijamin mencukupi sehingga ke bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri susulan subsidi harga yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengusaha ayam, Mohd. Firdaus Mat Saad menjelaskan, bekalan ayam dan telur sebelum ini terjejas kerana ramai penternak yang mengalami kerugian membuat keputusan untuk berhenti menghasilkan pengeluaran.

Namun, katanya, dengan adanya subsidi harga, ia akan menggalakkan penternak yang berhenti sebelum ini untuk kembali terlibat dengan pengeluaran sekali gus memulihkan bekalan ayam dan telur di pasaran.

“Sebelum ini, ada ramai penternak yang dah berhenti bela ayam sebab dah tak boleh nak jalan, jadi bantuan subsidi akan menyebabkan mereka mula masukkan ayam balik.

“Insya-Allah, bulan puasa Ramadan dan raya nanti, bekalan ayam dan telur akan lebih terjamin, penternak dah makin berani untuk bela ayam, bila kadar kapasiti ayam banyak di pasaran, subsidi boleh mengawal kestabilan harga daripada terus naik,” katanya.

Malah, katanya, rakan-rakannya yang berhenti dalam industri penternakan ayam dan telur sebelum ini mahu kembali aktif.

“Ada kawan-kawan bila dengar ada subsidi, dia nak masuk balik, jadi subsidi ini amat membantu, sebab itu hasrat kerajaan nak stabilkan harga untuk jangka masa sampai raya dan jaminan bekalan ini, insya-Allah boleh tercapai,” katanya.

Beliau mengulas mengenai keputusan kerajaan memberi subsidi harga ayam dan telur ayam kepada penternak sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, penternak akan menerima subsidi 60 sen sekilogram bagi ayam hidup dan ayam bulat serta 5 sen bagi sebiji telur ayam tanpa mengira kategori.

Menurut beliau, Jemaah Menteri bersetuju memberi subsidi kepada penternak ayam sebanyak RM0.60 sekilogram dengan mengambil kira harga ayam hidup di peringkat ladang sebanyak RM5.90 sekilogram, dan harga runcit ayam bulat standard sebanyak RM8.90 sekilogram.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor, Idrus Zainal Abidin menyifatkan subsidi harga ayam dan telur akan dapat membantu penternak membayar hutang, bayaran kepada pihak pengurusan serta meraih keuntungan yang lebih banyak.

“Kita sememangnya bersyukur dengan subsidi ini, tidak sangka kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak ini. Kita memberi jaminan bahawa bekalan tidak akan berkurangan hingga bulan Ramadan nanti,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Bekalan AyamBekalan TelurMencukupi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Cari Siti Maizatul Hasni

Next Post

Isu Mara: Siasatan 5 Pegawai Kanan Dijangka Siap Minggu Ini – SPRM

Related Posts

KPKM Jamin Bekalan Telur Ayam Mencukupi

KPKM Jamin Bekalan Telur Ayam Mencukupi

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan telur ayam di negara ini kekal mencukupi dan stabil bagi memenuhi permintaan...

Bekalan Telur Ayam Di Ibu Negara Stabil

Bekalan Telur Ayam Di Ibu Negara Stabil

26/03/2023
0

Kuala Lumpur : Bekalan telur ayam yang dijual di ibu negara dilihat stabil sehingga kini dan tidak sukar bagi orang...

Next Post

Isu Mara: Siasatan 5 Pegawai Kanan Dijangka Siap Minggu Ini - SPRM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd