• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Dunia Kutuk Serangan Tentera Russia Ke Atas Ukraine

oleh AK-47
24/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON: Pemimpin dunia mengutuk serangan tentera Russia ke atas Ukraine hari ini, dengan negara Barat berjanji akan mengenakan sekatan baharu terhadap Moscow dan Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut supaya konflik itu dihentikan sekarang.

Antara pemimpin dunia yang mengutuk serangan Russia adalah Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang memberi amaran kepada negara itu sahaja bertanggungjawab sekiranya berlaku kematian dan kemusnahan susulan serangan dilakukan.

Beliau sempat menitip doa bersama masyarakat dunia kepada rakyat Ukraine yang mengalami serangan yang tidak beralasan dan tidak wajar oleh tentera Russia.

“Dunia akan memastikan Russia bertanggungjawab,” katanya.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, berkata Presiden Russia, Vladimir Putin memilih laluan pertumpahan darah dan kemusnahan dengan melancarkan serangan tanpa provokasi ke atas Ukraine.

Justeru, katanya United Kingdom (UK) dan sekutunya akan bertindak balas dengan tegas.

“Saya terkejut dengan kejadian ngeri di Ukraine dan saya bercakap dengan Presiden Zelensky untuk membincangkan langkah seterusnya,” katanya di Twitter.

Ketua Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen dan Charles Michel, berkata pihaknya juga akan memastikan Kremlin bertanggungjawab atas kejadian itu.

Susulan apa berlaku di Ukraine, beliau mendoakan supaya negara itu dan rakyat tidak bersalah dalam keadaan selamat.

“Dalam waktu gelap ini, fikiran kami tertumpu kepada Ukraine dan wanita, lelaki serta kanak-kanak tidak bersalah ketika mereka berdepan serangan tanpa provokasi selain ketakutan yang mengancam nyawa mereka,” katanya.

Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg, berkata Russia memilih laluan agresif terhadap negara berdaulat dan merdeka.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, serangan itu meletakkan risiko terhadap nyawa orang awam, sekali gus menyifatkan tindakan itu pelanggaran besar undang-undang antarabangsa serta ancaman serius kepada keselamatan Euro-Atlantik.

Susulan serangan itu, duta NATO mengadakan mesyuarat pagi ini.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, menyifatkan tindakan tanpa provokasi adalah pencabulan jelas terhadap kedaulatan dan intergriti wilayah Ukraine serta obligasi Russia di bawah undang-undang antarabangsa dan piagam PBB.

“Tindakan melulu dan berbahaya ini tidak akan terlepas dari hukuman,” katanya yang akan bertemu dengan rakan sejawat negara G7 untuk membentuk tindak balas kolektif termasuk mengenakan sekatan tambahan yang akan diumumkan awal minggu ini.

Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki, berkata semua pihak harus bertindak balas segera ke atas ‘jenayah’ agresif Russia terhadap Ukraine dan Eropah dengan menghentikan tindakan Putin.

“Majlis Keselamatan hari ini sepatutnya meluluskan sekatan paling keras. Sokongan kami untuk Ukraine semestinya benar,” katanya.

Ketua PBB, Antonio Guterres, berkata beliau ada membuat rayuan secara langsung dan peribadi kepada Putin selepas sesi tergempar Majlis Keselamatan dengan menggesa pemimpin itu menghentikan serangan atas nama kemanusiaan.

“Atas nama kemanusiaan, jangan benarkan ia bermula di Eropah sehingga ia menjadi perang terburuk sejak permulaan abad. Konflik mesti berhenti sekarang,” katanya yang menyifatkan kejadian semalam paling sedih dalam tempoh perkhidmatannya.

Ketika mesyuarat tergempar PBB, Duta PBB di Ukraine, Sergiy Kyslytsya, menuntut majlis yang dipengerusikan oleh Russia melakukan segala yang mungkin untuk menghentikan perang.

Beliau turut menuntut duta Russia melepaskan tugasnya sebagai pengerusi majlis itu.

“Tiada yang suci bagi penjenayah perang. Mereka terus ke neraka,” katanya yang kelihatan emosi ketika itu.

BHonline-

Tags: PBBRusiaUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd