• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembelian Panik Punca Telur Ayam Kurang

oleh AK-47
03/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pembelian panik, selain sambutan Tahun Baharu Cina dipercayai antara punca bekalan telur ayam berkurangan di pasaran sekitar Lembah Klang.

Pekerja kedai pembekal telur ayam, Mohammad Salam, 29, berkata kebanyakan pembeli mendapatkan telur ayam dengan kuantiti yang banyak sejak dua minggu lalu, berbanding hari biasa sebelum ini.

“Bekalan masih ada tapi sekarang ini cepat habis mungkin disebabkan orang ramai datang membeli dengan kuantiti yang banyak.

“Kami ambil telur ayam pelbagai gred melalui pembekal dari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka kerana kedai kami menjual secara borong. Telur ayam segar akan dihantar tiga kali seminggu, jadi kami tidak berdepan masalah bekalan terputus.

“Ada juga peniaga runcit yang datang beli telur ayam beritahu mereka susah dapat bekalan disebabkan pemborong tidak menghantar bekalan ke kedai mereka,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tinjauan mendapati, sepapan atau 30 biji telur ayam pelbagai gred dijual pada harga antara RM11 sehingga RM13.50.

Tinjauan di sebuah pasar raya dan kedai runcit di pusat bandar juga mendapati, masih ada dijual telur ayam, tetapi hanya tinggal beberapa papan.

Pembeli, Nik Rohayati Mat Isa, 50, berkata dia tiada masalah untuk membeli telur ayam kerana mendapatkannya daripada pemborong di Wangsa Maju.

“Biasanya saya akan beli tiga papan telur untuk kegunaan keluarga. Setakat ini saya dapati telur ayam masih banyak dan senang diperoleh,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, Azman Adam, dilaporkan berkata, permintaan mendadak terhadap barangan terkawal seperti ayam mentah, telur ayam dan minyak masak menyebabkan penawaran terhadap barangan itu tidak mencukupi di pasaran, khususnya sempena Tahun Baharu Cina.

Katanya, berdasarkan pemantauan anggota penguat kuasa dan pegawai pemantau harga KPDNHEP yang dijalankan hampir setiap hari di seluruh negara mendapati, ada aduan daripada orang ramai di negeri tertentu berhubung kekurangan bekalan barangan tertentu.

BHonline-

Tags: KPDNHEPpembelian paniktelur ayam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Temui Telur Ayam Bulat Sempurna

Wanita Temui Telur Ayam Bulat Sempurna

16/06/2023
0

MELBOURNE, Australia – Seorang wanita dari negeri Victoria, Australia menemui sebiji telur yang mempunyai bentuk bulat sempurna di sebuah pasar...

Bekalan Telur Ayam Cukup Sempena Aidilfitri

Bekalan Telur Ayam Cukup Sempena Aidilfitri

20/04/2023
0

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjangkakan bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri tahun ini adalah mencukupi dan memenuhi keperluan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd